Seorang bapa di Thailand, tergamak membunuh lima orang anaknya dalam tempoh 10 tahun lalu, gara-gara tidak suka dengar tangisan bayi. Kejamnya!
Artikel Berkaitan: Didera & Dicampak Ke Lantai, Pelakon Cilik Dibunuh & Mayat Dibakar Bapa Kandung
Artikel Berkaitan: Dera Anak Sampai Mati, Ibu & Teman Lelaki Boleh Dikenakan Hukuman Gantung Sampai Mati
Dera secara fizikal
Menerusi laporan The Nation, Songsak, 46, memiliki 10 anak berusia antara enam bulan hingga 22 tahun hasil perkahwinan dengan empat isterinya.
Dia ditahan pada 10 September lalu selepas pempengaruh media sosial, Kanthas Phongphaibulwet melaporkan kejadian penderaan kanak-kanak di sebuah apartmen di daerah Bang Khen, Bangkok.
Berikutan daripada itu, Songsak mengaku membunuh anak perempuannya yang berusia dua tahun, selain membunuh empat anak lelakinya antara 2013 hingga 2018.
Keempat-empat kanak-kanak lelaki itu dilaporkan berusia kurang setahun ketika mereka dibunuh sebelum mayat mereka dibuang di sekitar Bangkok.
Di samping itu, pihak polis berjaya membebaskan dua anak perempuan lelaki itu berusia empat dan 12 tahun yang dilaporkan dikurung di sebuah bilik air pangsapuri tersebut. Polis mengesahkan, kanak-kanak berusia empat tahun itu kehilangan penglihatannya akibat penderaan fizikal.
Jumpa mayat budak
Terdahulu, polis menemui mayat budak perempuan itu pada Selasa lalu yang dibungkus dalam beg sampah dan ditanam kira-kira 70 sentimeter (sm) di bawah tanah di rumah wanita bernama Sunan iaitu isteri ketiga lelaki itu.
Songsak mengaku kepada polis, dia dan Sunan membunuh anak perempuan berusia dua tahun di apartmen itu, pada Mei lalu.
Pasangan itu berkata, mereka menanam mayat anak itu di bawah lantai dapur di rumah Sunan di Kamphaeng Phet.
Songsak dilaporkan berkata, dia benci bunyi bayi menangis, selain menerima rawatan bagi masalah kesihatan mentalnya.
Sumber: The Nation