berita

Tak Tahan Bayi Asyik Menangis, Datuk & Nenek ‘Panggang’ Cucu Dalam Ketuhar

December 24th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Tidak tahan mendengar cucu menangis, sepasang datuk dan nenek bertindak kejam mencekik dan membakar cucunya dalam ketuhar, lalu mayat bayi itu ditanam di bawah timbunan salji berdekatan rumah mereka di Siberia, Rusia.

Menurut laporan yang dipetik dari The Sun, kejadian kejam yang berlaku dalam sekelip mata itu terjadi apabila datuk dan nenek yang berusia 48 dan 52 tahun itu diberi kepercayaan untuk menjaga cucu mereka, Dima. Ini disebabkan oleh anak dan menantu mereka, Maria, 20 tahun dan Dmitry Scherbakovy, 25 tahun, keluar seketika.

Jumpa mayat bawah timbunan salji

Foto: The Sun

Kejadian itu disedari oleh kedua ibu bapa bayi berkenaan apabila mereka ke rumah datuk dan nenek tersebut untuk mengambil anak mereka, Dima. Apabila Maria dan Dmitry tiba di rumah tersebut, mereka tidak nampak kelibat kanak-kanak itu melainkan pakaiannya sahaja. 

Menurut laporan pihak polis tempatan, pencarian mereka berakhir dengan tangisan apabila ternampak mayat anak mereka yang diselaputi timbunan salji yang bersuhu -20 darjah celcius di luar rumah. Susulan itu, mereka melaporkan kejadian itu kepada pihak polis tempatan. Kedua ibu dan bapa Dima masih dalam kekeliruan dan menunggu jawapan.

Ibu dan bapa berkenaan terjumpa mayat anak mereka di bawah timbunan salji, sebelum membuat laporan polis. Namun, siasatan bagi pihak forensik akan membuktikan punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut.

Memetik laporan The Sun, datuk dan nenek berkenaan dipercayai mabuk ketika kejadian itu berlaku. Pasangan terbabit ditahan selepas didakwa melakukan pembunuhan itu. Susulan itu, pembunuhan yang kejam itu masih disiasat oleh Jawatankuasa Penyiasat Rusia.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×