Sekadar Gambar Hiasan
Di Kabupaten Rokan Hulu, Riau, Indonesia, seorang wanita nekad membunuh suaminya sendiri berikutan rasa ‘geram’. Kejadian tersebut berlaku Jumaat lalu (3/9/2021).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Simbah Minyak Panas Dekat Suami Selepas Disuruh Goreng Ikan
Artikel Berkaitan: Muka Berlumuran Darah Dipukul Suami, Wanita Sempat Buat ‘Live’ Minta Bantuan
Artikel Berkaitan: Berang Isteri Dirogol Sebanyak 2 Kali, Suami Bertindak Bunuh Majikan Isteri Dengan 13 Kesan Tikaman
Isteri dituduh menipu
Sekadar Gambar Hiasan
Lapor Tribun News, suspek mengaku tertekan sebelum bertindak di luar kawalan berikutan tindakan mangsa yang sering menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Ujar Ketua Ketua Hal Ehwal Perhubungan Awam Polis Daerah, Rohul Aipda, Mardiono Pasda, suspek bertindak ‘mengelar’ leher suaminya menggunakan parang sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Ya, kes itu berlaku pada hari Jumaat (3/9/2021), sekitar jam 08.00 (waktu tempatan), di Desa Puo Raya.
Mengulas lebih lanjut, Mardiono menceritakan mangsa sering kali menuduh suspek berlaku curang dan mendakwa melihat perbualan suspek bersama lelaki lain di Facebook. Perkara tersebut secara tidak langsung, membuatkan mangsa berasa cemburu.
Sering dera isteri sendiri
Sekadar Gambar Hiasan
Apa yang lebih mengejutkan, suspek turut mendakwa mereka sering bergaduh dan mangsa akan bertindak di luar kawalan.
Berdasarkan pernyataan suspek, dia mengakui bahawa dia sering bertengkar, dipukul dan dipijak oleh suaminya.
Kini, suspek telah ditangkap berikutan laporan yang telah dibuat oleh keluarganya.
Sumber: Tribun News