berita

Tak Tahan Durian Asyik Hilang, Pemilik Kebun ‘Bela’ Pocong Jaga Durian

June 18th, 2020 | by faris
Kini Trending

Raja buah, durian, sentiasa mendapat permintaan tinggi penggemarnya sehingga ada sanggup berbelanja sehingga ratusan Ringgit untuk buah berkualiti. Nilainya yang mahal membuatkan ada yang sanggup mencuri untuk mendapatkan keuntungan dengan cara mudah. Pemilik kebun durian, Rosman Budiman ada cara tersendiri menangani penyangak sebegini.

Pernah alami peristiwa misteri

Menurut Rosman yang memiliki kebun di Kampung Tengah, Segamat, Johor itu, dia menggunakan pocong untuk menghalau pencuri daripada mencuri hasil titik peluhnya. Namun, bukan bermaksud dia mengamalkan ilmu hitam atau perbuatan syirik akan tetapi hanya helah yang mungkin tidak pernah dibuat orang lain sebelum ini.

Dia hanya menggunakan kotak dan kain putih untuk mencipta pocong buatan dalam usaha menakutkan pencuri duriannya. Ternyata usaha tersebut membuahkan hasil.

Dua pocong dewasa dibentuk daripada kotak kertas setinggi 1.5 meter dan seberat 450 gram dibalut kain putih itu, berjaya mengurangkan kehilangan buahan itu membabitkan 10 pokok duriannya musim ini.

Idea itu timbul setelah saya pernah melalui peristiwa ‘misteri’ disapa suara garau tahun lalu yang memanggil namanya namun tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia juga makhluk Allah.

Sebelum ini, jika lambat memungut buah, pencuri berkenaan akan melarikannya.

Sendiri pasang, sendiri seram

Untuk menambahkan efek seram, pemilik kebun berusia 61 tahun itu juga turut membakar gaharu setiap petang. Apa yang melucukan, kadang kala dia sendiri turut seram dengan pocong dan bau tersebut.

Saya turut membakar gaharu untuk menimbulkan aroma menyeramkan menjelang senja sebelum pulang ke kediamannya.

Ada kalanya saya sendiri turut seram sejuk terkesan imbasan pocong dan bauan gaharu jika datang berseorangan untuk mengutip durian. Kos penyediaan replika pocong itu termasuk gaharu dan kertas pelekat hanya RM8.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×