Bau kaki yang hapak bukan sekadar isu kebersihan, malah ia juga menjadi petunjuk terhadap keadaan kesihatan seseorang.

Artikel Berkaitan: Jangan Terus Sembur! Ini Teknik Betul Pastikan Minyak Wangi Kekal Harum Sepanjang Hari

Artikel Berkaitan: Kasut Cepat Rosak & Berbau? Ini Tip Penyimpanan Yang Betul Untuk Tahan Lebih Lama

Langkah penjagaan kaki

Kaki manusia mempunyai ribuan kelenjar peluh dan apabila ianya terperangkap di dalam kasut lalu bercampur dengan bakteria serta kulat pada permukaan kulit, ia akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Dalam sesetengah kes, bau yang berlebihan juga menandakan masalah seperti jangkitan kulat, peredaran darah yang kurang baik atau sistem imun yang lemah.

Bagi mengawal masalah ini, penjagaan harian perlu diberi perhatian, bermula dengan pemilihan stokin yang diperbuat daripada kapas dan nilon kerana ia mampu menyerap peluh serta membenarkan pengudaraan yang baik kepada kulit kaki.

Seterusnya, merendam kaki dengan cuka dapat membantu dalam menanggalkan sel kulit mati, serta menyingkirkan bakteria yang menjadi punca kepada bau tersebut.

Dalam pada itu, dengan merendam kaki selama 30 minit dalam tempoh satu hingga dua minggu mampu memberikan perubahan yang ketara.

Garam juga boleh dijadikan sebagai alternatif lain kerana ia berfungsi dalam mengurangkan kelembapan serta menghalang pembiakan bakteria, dengan tempoh rendaman sekitar 20 minit.

Di samping itu, tepung jagung juga berfungsi sebagai penyerap kelembapan yang membantu mengekalkan kaki sentiasa segar, sekali gus mengelakkan pengumpulan lembapan yang menjadi punca utama bau.

Akhir sekali, teh mengandungi asid yang menyokong untuk mengecilkan liang roma pada kulit kaki. Selain itu, sifat antibakteria semula jadinya turut membantu membunuh bakteria dan menjadikan kaki lebih bersih.

Sumber: Maskulin