berita

Keliru Nak Buat Pilihan Smartphone? Ni Kami Share Smartphone Dengan Function TERBAIK!

December 13th, 2018 | by Epul
Shout Out!

Pilih smartphone pilihan

Siapa kat sini yang tengah tercari-cari telefon pintar yang sesuai dengan bajet dan lifestyle korang? Yelah, sekarang kan macam-macam model smartphone ada kat pasaran, sampai tak tau nak buat pilihan. Ha.. Jangan risau ni admin nak share pasal satu smartphone yang confirm ngam sangat dengan korang.

Dengan sistem terbaru Mobile Internet User Interface (MIUI) 10 yang setanding dengan perisian smartphone terkemuka dipasaran. Korang mesti tak menyesal punya kalau grab smartphone jenama Xiaomi! Nak tau kenapa? Jom min nak share sikit apa yang best sangat dengan sistem MIUI 10 ni sampai korang kena dapatkan satu!

1. Akses smartphone korang daripada mana-mana browser dengan Mi Cloud. Mudahnya!

Akaun Mi Cloud

Nak simpan gambar, lagu ataupun file dalam phone confirm penuh memori telefon. Nak-nak korang yang suka berOOTD, download games atau video.

Tapi korang tau tak, dengan sistem terbaru daripada MIUI 1o, korang dah tak payah risau kalau memori phone korang penuh. Sebab dengan sistem MIUI 10 ni, korang akan ada satu akaun Mi Cloud yang boleh menjadi back up kalau memory phone penuh. Apa yang menarik lagi, korang juga boleh akses maklumat dalam phone ni daripada mana-mana browser tau.Korang hanya perlu akses akaun Mi korang dan masukkan email serta kata laluan. Senang kan?

Lagi best kalau korang tertinggal atau tercicir smartphone, korang boleh track balik phone korang menggunakan aplikasi “Find Device” melalui akaun Mi Cloud.

2. Kongsi maklumat dengan Mi Drop

Aplikasi Mi Drop

Haa..Yang ni korang mesti suka. Dengan sistem MIUI 10 ni juga, korang boleh berkongsi gambar, video atau muzik dengan mudah. Korang hanya perlu download aplikasi Mi Drop je. Tapi aplikasi ni hanya untuk pengguna android je ye!

Mi Drop ni jugak boleh pindahkan maklumat 200 kali lebih pantas berbanding bluetooth dan semua ni boleh dilakukan tanpa perlu akses kepada internet! Jimat data korang..

3. Widget calculator yang bukan sekadar untuk mengira

Widget calculator Xiaomi

Siapa kata widget kalkulator dalam smartphone korang hanya untuk mengira sahaja? Korang tau tak, melalui sistem terbaru MIUI 10, widget calculator dalam smartphone Xiaomi berikan korang lebih daripada tu. Melalui widget calculator korang boleh akses converter (tukaran mata wang asing) dan mortgage (semak aktiviti gadai janji atau harga saham di pasaran) tau.

Korang dah tak perlu nak susah-susah search kat internet ! Sebab dah ada aplikasi khas yang membantu untuk mudahkan urusan korang.

4. Tak perlu download aplikasi tambahan untuk edit gambar

Edit gambar menggunakan smartphones Xiaomi

Korang yang suka tangkap gambar tu,  haa.. smartphones Xiaomi dengan sistem MIUI 10 ngam sangat dengan gaya hidup korang. Selain berfungsi sebagai galeri untuk menyimpan gambar, korang boleh terus edit gambar siap-siap tau.

Sebabnya model smartphones Xiaomi ada banyak filter cantik yang korang boleh pilih, sticker yang comel, fungsi collage untuk gambar (PhotoGrid) dan yang paling best mestilah feature eraser, kalau korang nak tau dengan feature ni korang boleh edit gambar korang, macam pro siap boleh padam objek yang korang tak nak kat gambar korang.  So, jimatlah memori telefon korang daripada nak kena download apps banyak-banyak.

5. Ada screen recording jugak tau. Seronoknya!

Animated GIF - Find & Share on GIPHY

Pengguna android mesti ada masalah ni, terpaksa download apps screen recording kalau nak rakam sebarang video di handphone. Betul tak?

Haa.. dengan sistem MIUI 10, korang dah tak perlu risau dengan semua ni sebab korang dah didatangkan dengan widget perakam skrin juga tau! Senanglah korang nak share sebarang aktiviti smartphone dengan menggunakan perakam skrin ni, ke semua platform media sosial korang.

6. Tetapkan had penggunaan internet dengan data usage

Haa.. Lepas ni korang dah tak perlu risau lagi, kalau korang ada anak atau anak buah yang suka pakai telefon korang nak tengok video di internet. Sebabnya dengan sistem MIUI 10, dah ada tetapan khas untuk penggunaan internet tau!

Korang boleh limitkan internet yang korang guna setiap bulan. Takdelah korang terlebih pakai dan perlu keluarkan kos tambahan untuk beli data baru. Fuhh.. Jimat duit.

7. Fungsi eye-comfort mode kurangkan tekanan kepada mata

Eye-comfort untuk telefon

Selalu tengok skrin telefon pintar dan laptop sebenarnya tak baik untuk mata. Dengan sistem MIUI 10, ada eye-comfort mode bagi mengurangkan tekanan dan kerengsaan kepada mata korang. Baru la selesa nak tengok phone.

Korang siap boleh setkan bila korang nak aktifkan fungsi eye-comfort mode ni. Contohnya, korang nak tetapkan fungsi ni pada waktu malam, korang hanya perlu set kan masa je dan secara automatik fungsi eye-comfort mode akan diaktifkan pada masa yang ditetapkan.

8. Tak perlu risau dengan panggilan daripada scammer

Haa.. Annoying kan kalau nombor yang kita tak kenal call banyak kali? Nak-nak kalau nombor pejabat ataupun luar negara. Sebab tu MIUI 10 dah diupgrade dan akan paparkan lokasi dan identiti pemanggil yang bukan dalam senarai kenalan melalui fungsi safe answering.

Yelah, takut jugak kalau yang call tu scammer yang berniat jahat. Bahaya!

9. Kenapa nak salin nota kalau korang boleh rakam je?

Fungsi voice recording

Widget notes, bagi admin ni lah widget yang sangat membantu kehidupan seharian. Kadang-kadang nak catat tugasan yang nak buat or nak buat peringatan senang je. Tapi dengan sistem baru MIUI 10 ni, widget notes ni didatangkan dengan recording audio? Senangla nak rakam agenda masa meeting!

Apa yang membezakan record voice dengan recording audio ialah korang tak perlu nak cari audio yang korang rakamkan di galeri media. Audio ni akan disimpan khas di widget notes korang. So, dah tak perlu nak pening-pening cari audio yang korang rakam dan lagu yang korang download.

10. Paparan skrin yang lebih ringkas & teratur

Satu lagi fungsi yang dikemas kini oleh MIUI 10 ialah paparan skrinnya lebih jelas dan teratur. Korang bayangkan kalau paparan skrin korang berterabur mesti stress kan?

Dengan paparan yang lebih tersusun takdelah korang stress bila tengok phone. Dengan fungsi terbaru ni juga korang boleh maximize kan ruang screen korang. Dan kalau korang nak buat tetapan yang lain korang hanya perlu long press dan pilih kat bahagian setting.

11. Takde kad sim? Buat apa nak risau kalau korang boleh gunakan e-sim!

Cara download Durian Man

Untuk korang yang tak tau e-sim ni apa. Meyh kami share sikit, e-sim ialah sim secara maya di mana korang tidak perlu kad sim untuk membuat sebarang panggilan, sms, internet atau perantauan antarabangsa!

Aplikasi e-sim ni dibangunkan oleh China-ASEAN Information Harbor melalui aplikasi Durian Man pada Julai 2018.

Nak tau macam mana nak guna. Haa.. Ni langkah-langkahnya:

Langkah 1: Buka Google Play Store dan taip Durian Man di pautan carian. Muat turun aplikasi dan daftar akaun.
Langkah 2: Pilih pelan yang korang nak langgan.
Langkah 3: Tambah nilai sebanyak mana yang korang suka (menggunakan debit/credit card atau online banking untuk transaksi)
Langkah 4: Pengesahan kad pengenalan/passport adalah diperlukan bagi memastikan pendaftaran adalah sah.
Langkah 5: Pilih mana-mana nombor yang korang suka. Korang boleh taip 4 nombor di pautan carian untuk cari nombor yang anda inginkan sebagai nombor e-sim.

Untuk pendaftran segera korang boleh je pergi ke mana-mana Mi Store yang berdekatan!

So, tunggu apa lagi jomlah bertukar ke Xiaomi!

Tak payah nak fikir lama-lama. Jom bertukar ke Xiaomi hari ini. Korang dah tak payah risau tak cukup memori phone, nak edit gambar atau nak record audio yang penting, sebab dengan smartphone Xiaomi yang menggunakan sistem MIUI 10, semua korang boleh buat!

Korang boleh dapatkan Xiaomi ni, daripada kedai rasmi Mi Store di seluruh negara atau klik kat sini untuk mengetahui lokasi yang berdekatan dengan korang. Xiaomi ni juga boleh didapati secara online melalui Lazada.

Untuk lebih info mengenai Xiaomi, layari laman web mereka di sini. Jangan lupa untuk Follow dan Like sekali laman media sosial Facebook, Twitter dan Instagram Xiaomi untuk update terkini produk dan promosi mereka okay!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×