berita

‘Tak Tau Pula Ada Buah Tak Halal’ – Rita Rudaini ‘Sembur’ Segelintir Orang Melayu Double Standard

June 3rd, 2020 | by faris
Kini Trending

Rita Rudaini antara selebriti lantang menyuarakan pandangannya apabila berdepan sesuatu isu. Ibu tunggal dua anak ini menyelar tindakan segelintir pihak yang double standard mempersoalkan kehalalan sesuatu apabila membabitkan produk Muslim namun tidak bagi keluaran luar negara.

Tak puas hati dengan segelintir pihak

Rita di Instagramnya memerli sesetengah orang yang mempersoal tahap halal contohnya sesuatu buah, walaupun membabitkan penjual berbangsa Melayu. Ujar Rita lagi, jika mereka dibelenggu rasa was-was, mereka sepatutnya tidak membeli sebarang produk yang diragui.

Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang tak halal? Tak tau pulak sistur ada buah yang tak halal. Manusia ni ada ja yang tak kena, tambah-tambah orang Melayu (tak semua) ada sesetengah suka tengok orang jatuh. Rasa puas hati tak senang tengok kaum sendiri berjaya kalau barang Melayu mesti akan ada soalan ‘Ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tak?’ ‘Halal tak?’

Kalau was-was, tak payah guna or beli. Senang saja. Tapi dalam tak sedar, bila masuk farmasi, beli barang Korea, supplement ka, masker ka skincare ka, tak dak pulak ampa kesah ada logo halal ke tak, dengan harapan nak muka jadi KPOP takdak logo halal pon sesah jugak.

‘Nak beli, beli, tak nak beli tak payah beli’

Terang aktres Mami Jarum Junior ini lagi, produk mekap dari luar negara yang banyak di pasaran pun tidak diselidik tahap halalnya atau mendapat lulusan KKM.

Barang make-up brand oversea takdak tanda halal, pulun tonyoh kat muka. Takdak pulak ampa nak pergi mintak tengok sijil halal ka KKM ka bagai. Melayu.. Melayu, minyak angin dok sapu celah peha berkerak tu, ada cek dak ada logo halal ke tak? Hat korea Thailand ampa pulun tonyoh, telan.

Sebenarnya paling senang sisturr nak bagi tips laa..’Nak beli, beli, tak nak beli, tak payah beli..’ Senang ja kan…tak yah la buat payah. Jawapan sistur pada soalan ‘Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang tak halal?’ Buah dada yang blum dinikahi.

Sumber: Rita Rudaini

The following two tabs change content below.