Isteri kepada penyanyi, Datuk Fazley Yaakob iaitu Datin Azrene Soraya Abdul Aziz memberitahu dia dan keluarga tidak menerima mana-mana undangan untuk menghadiri konsert.
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Nafi Bergaduh Dengan Imran Ajmain – ‘Saya Jarang Ada Masalah Dengan Orang’
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Seperti Keluarga Sendiri’ – Imran Ajmain Nafi Dah Tak Rapat Dengan Fazley Yaakob
Konsert apa?
Menerusi dua buah posting di Instagram Story, ibu kepada empat orang cahaya mata itu mendakwa dia tidak tahu berkaitan konsert yang bakal diadakan oleh seorang individu.
Tambah Azrene, pihaknya tidak menerima sebarang jemputan meskipun individu tersebut didakwa ada berjumpa dengannya pada bulan yang lalu.
Lebih mencuri tumpuan, Azrene meminta individu tersebut untuk bercakap benar. Bukan itu sahaja, Azrene turut mendakwa individu berkenaan telah mencuri semua ‘contacts’ mereka.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! juga, Azrene turut berharap dan berdoa agar individu tersebut berjaya di masa hadapan.
Kena sentiasa ingat, bercakap benar lebih baik daripada menipu dekat media.
Tidak henti di situ, Azrene turut mencabar individu tersebut untuk datang ke pejabatnya sambil meletakkan tanda pagar ‘im waiting’.
Sumber: Azrene Ahmad