berita

‘Kita Tak Katakan Semua Pemain Wajib Tutup Aurat’ – Presiden Kafa

November 18th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Dikenali sebagai negeri Serambi Mekah, Kelantan mempunyai cara tersendiri untuk menguatkuasakan undang-undang patuh syariah dalam kalangan penduduknya. Oktober lalu berita melaporkan umat Islam di negeri itu boleh dikenakan denda RM1000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya jika berseluar pendek atas lutut.

Terbaru, presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan dilaporkan mewajibkan pemainnya menutup aurat ketika berada di atas padang. Laporan itu kemudiannya dinafikan Bibi. Aik, kenapa pula tu?

Tak kata semua pemain wajib tutup aurat

Kita tak katakan semua pemain wajib tutup aurat. Sebenarnya kita meminta Al-Ikhsan untuk sediakan sekali seluar ‘tight’ tersebut.

Menurut Bibi, pihaknya hanya meminta penaja Al-Ikhsan menyediakan seluar sendat berkenaan bagi mereka yang berminat memakainya ketika turun beraksi. Beliau menyatakan kekesalannya mengenai laporan tidak tepat itu yang dilihat seperti cuba mensensasikan keputusan tersebut.

Bebas nak pakai ke tak

Pemain bebas nak pakai atau tidak. Kita hanya sediakan memandangkan ada beberapa pemain yang memakai seluar ‘tight’ itu sebelum ini.

Berkenaan mahu memakai tights berkenaan atau hanya berseluar pendek standard, semuanya terpulang kepada pemain itu sendiri tanpa meletakkannya sebagai peraturan yang perlu dipatuhi.

Henti jadikan Kafa sasaran

Saya minta supaya tolong henti jadikan Kafa sebagai sasaran pihak tertentu. Kita kena ingat, ada pemain yang selesa memakai seluar tersebut, ada yang tidak. Jadi terpulang kepada hak masing-masing

Tambahnya, isu itu seperti akan menakut-nakutkan terutamanya pemain lain terutamanya pemain import untuk membawa cabaran pasukan berkenaan di musim depan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan peraturan menutup aurat itu dibuat untuk membuatkan pemain lebih bertanggungjawab kepada pematuhan syariah walaupun terbabit dalam sukan.

Laporan itu mendapat reaksi positif pasukan berkenaan yang tidak sabar melihat pelaksaan peraturan berkenaan.

Tak menang liga tak apa, tak dapat reda Allah menyesal kemudian hari

Kerana hidup bukan selamanya

Sumber: Sinar Harian , Mstar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×