Hak untuk bersuara adalah antara ciri penting dalam perlembagaan demokrasi. Rakyat bebas mengutarakan pendapat masing-masing asalkan tidak menyalahi undang-undang atau bertentangan dengan budaya atau ajaran agama.
Kebelakangan ini semakin ramai selebriti menggunakan hak bersuara mereka menerusi laman sosial masing-masing. Walaupun tidak salah, tindakan mereka ini dilihat ‘berani’ kerana risiko diserang balas oleh keyboard warrior yang mudah ‘terasa’ dengan pihak yang dirasakan tidak sependapat dengan mereka. Terbaru, penyanyi Adibah Noor menyuarakan pendapatnya mengenai isu semasa.
Depa guna template sama hentam artis bila bersuara
Penyanyi bervokal mantap menyatakan pandangannya mengenai serangan yang dihadapi oleh golongan artis apabila hanya menyuarakan pandangan mereka mengenai hal semasa. Antara pointnya adalah dilabel pro-pembangkang, hanya memandai-mandai di luar bidang kuasa dan usaha mencari publisiti murahan.
Netizen adalah jauhari dan pengundi berdaftar
Reaksi netizen
Rakyat ada hak memilih
Ni negara demokrasi bukan communist
Tak salah beri pendapat, lagi teruk tak ada pendapat!
Sumber: Adibah Noor