berita

‘Takkan Bila Suarakan Pendapat Berkaitan Kerajaan, Bermakna Saya Berpolitik?’ – Adibah Noor

October 8th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Nama Adibah Noor tidak asing lagi dalam industri hiburan. Penyanyi dan pelakon ini juga disifatkan sebagai seorang yang lantang dalam memberi pandangannya di media sosial.

Susulan daripada peningkatan kes Covid-19 tempoh hari, Adibah Noor dilihat lantang mengkritik pihak berwajib yang didakwa kurang cekap menangani pandemik ini. Namun, kelantangannya itu tidak disenangi oleh segelintir netizen yang menganggap Adibah Noor seharusnya fokus dalam bidang seni sahaja.

‘Ada hati nak berpolitik’

Tindakan Adibah Noor yang sering meluahkan pandangannya di media sosial, mengundang dirinya dikritik netizen. Netizen menasihati agar pelakon Kampung People 2 itu fokus pada kerjaya dalam bidang hiburan sahaja daripada melibatkan diri dalam politik.

Sehubungan itu, Adibah Noor kelihatan memberi respon terhadap kritikan netizen tersebut dan menyifatkan semua individu berhak untuk bersuara. Malah, setiap pandangan berkaitan kerajaan perlu diberi teguran sekiranya mempunyai kekurangan. Tidak kira siapa pun, kita layak mengundi dan bersuara demi kesejahteraan negara.

Beto back-up Adibah

Sementara itu, pelakon Beto Kusyairy sempat menegur kritikan netizen terhadap kenyataannya berhubung artis tidak layak untuk berpolitik. Tambah Beto, setiap rakyat Malaysia mempunyai hak dalam bersuara pendapat.

‘Shooting pun dah kena postponed’

Adibah Noor telah memuat naik video berdurasi 59 saat ini setelah menerima laporan mengenai peningkatan jumlah kes positif Covid-19 yang melanda negara kita tempoh hari. Tidak dinafikan juga, peningkatan kes tersebut menjadi perbualan di media sosial. Kesan daripada itu, beberapa penggambaran drama terpaksa ditunda oleh produksi.

I tahu mesti you all letih dan frustrated tengok timeline masing-masing. Because of the increasing number of Covid-19 cases. Haa.. yes, I’m still very-very smily because I want to stay positive. Anyway, in fact I pun tengah duduk kat rumah je sebab shooting kita orang pun dah kena postponed. Thank you so much. Kita orang baru je nak cari duit situ sikit, duit sini sikit. Tapi dah kena duduk rumah. Oh My God. Thank you…

Sumber: Adibah Noor

SKIP THIS AD ×