berita

Takkan Cerai Isteri Ketiga, Lelaki Nikah Budak 11 Tahun Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

July 1st, 2018 | by faris
Kini Trending

Setelah perkahwinannya viral, lelaki 41 tahun dilaporkan media dia hanya bernikah dengan budak 11 tahun itu namun menunggu 5 tahun lagi untuk tinggal bersama.

Pun begitu, tindakannya mengahwini isteri ketiga di usia itu masih tidak membuatkan netizen berhenti mengecam dan melabel individu berkenaan.

Takkan ceraikan isteri

Lelaki yang juga bapa kepada 6 anak itu enggan melepaskan isteri yang baru dinikahinya itu meskipun menghadapi pelbagai hentaman dia media sosial.

Che Abdul Karim Che Abdul Hamid berkata, dia menikahi gadis itu atas persetujuan ibu bapa gadis itu yang turut hadir ketika mereka bernikah di Sungai Golok, Thailand pada 18 Jun lalu.

Tambah Che Abdul Karim, dia akan mendapatkan sijil nikah isteri ketiganya itu dalam masa 5 tahun lagi sebelum mereka tinggal sebumbung.

Mahu ambil tindakan undang-undang

Lelaki yang bekerja sebagai peraih getah ini juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila menerima kecaman di alam maya dan sedang menilai untuk mengambil tindakan undang-undang.

Saya rasa kecewa apabila menerima pelbagai andaian dan tuduhan mengarut terhadap saya dalam media sosial kerana bernikah dengan isteri ketiga itu.

Perkara itu sedang saya teliti untuk diambil tindakan undang-undang bagi menutup malu disebabkan tuduhan melampau dan tidak tepat.

Isteri pertama, kedua tak tuntut cerai

Sebelum menikahi isterinya itu, dia berjumpa dengan mentuanya yang kemudiannya bersetuju dengan lamaran mengahwini anak mereka dengan syarat mereka bernikah gantung selama 5 tahun.

Saya pun tahu isteri ketiga ini baru berusia 11 tahun dan tidak bersekolah yang memerlukan masa sehingga umur 16 tahun untuk tinggal bersama dan Ayu juga bersetuju.

Lelaki ini juga menolak khabar angin mengatakan rumah tangganya dengan 2 isteri pertama dilanda badai apabila mereka dikatakan menuntut cerai.

Menurutnya, kedua-dua isteri tidak berbuat demikian dan menerima madu baru seadanya.

 

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×