berita

‘Takkan la Saya Tak Tahu…’ – Dihentam Sebar Berita Palsu, Zed Zaidi Pertahankan Diri

January 29th, 2020 | by faris
Kini Trending

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi beberapa hari lalu menjadi bualan di media sosial apabila memuatnaik tweet palsu berkenaan koronavirus. Tweet berkenaan menerima kritikan netizen yang sedar mengenai foto disertakan bekas pelakon itu dalam pos berkenaan.

‘Mesti Malaysia ada buat benda tak baik’

Dia memuatnaik tweet beserta foto kononnya hanya Malaysia sahaja yang tidak mengharamkan kemasukan pelancong China di seluruh dunia. Foto berkenaan menunjukkan sekumpulan pelancong mirip rakyat China dengan topeng muka bersama bagasi masing-masing.

Respon tweet

Menurut Zed kepada Malaysiakini, dia sebenarnya tahu mengenai kesahihan pos  yang dimuatnaik sebelum ini. Tambahnya lagi, dia turut menyedari fungsi aplikasi menghasilkan ‘berita’ menggunakan laman breakyourownnews.com tersebut.

Memang benda tu kita tahu aplikasi berita yang boleh buat apa saja. Takkan la saya tak tahu tu berita palsu.

Ujar bekas Hero Remaja 2000/2001 itu lagi, apa yang cuba dilakukan adalah mengaitkan ‘berita’ berkenaan dengan foto dia mengenakan topeng muka tersebut.

Apa yang saya cuba buat adalah nak link berita yang dibuat dengan gambar-gambar banyak pakai topeng muka (sebab) nak link saya pakai topeng tu.

Sumber: Malaysiakini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×