Selain Neelofa, adiknya Ameera Khan turut ‘terkena tempias’ populariti dan mengumpul pengikutnya tersendiri. Walaupun tidak berkecimpung dengan dunia seni secara langsung, Ameera atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan di media sosial mempunyai lebih 800 ribu follower di Instagram.
Pernah beberapa kali membuat kenyataan ‘bikin panas’ di media sosial sebelum ini, si cantik ini sekali lagi membuatkan netizen triggered dan melatah dengannya. Kenapa ya?
Kelakarnya
Ameera menerusi Twitternya membuat satu status yang mengatakan dia tidak belajar di sekolah antarabangsa semata-mata untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia. Kenyataan itu mungkin kedengaran agak meninggi diri di pandangan netizen kerana beberapa hari lalu netizen ada memperlekeh satu jenama telefon dalam video di Youtubenya.
Kakak awak ambil jugak SPM dulu
Kenyataan Ameera itu kemudiannya ditentang netizen yang mengatakan kakaknya Neelofa sendiri menduduki peperiksaan itu dan meraih keputusan cemerlang dengan 10 A pada 2006 sebelum bergelar artis.
Harap kau adik beradik boleh stop buat parents malu
Kenyataan berani Ameera itu turut membuatkan pengikutnya menasihatkannya untuk tidak lagi membuat sesuatu yang boleh memalukan ibu bapa kerana apabila sesuatu isu bangkit, sudah tentu ibu bapa yang akan dipersalahkan.
Balik rumah baca alif ba ta
Ujar netizen lagi, Ameera yang muda remaja masih bergantung kepada kakak dan keluarganya dan tidak mempunyai pendapatan sendiri. Namun tindakannya seperti sudah terlalu dewasa untuk gadis sebayanya.
Kalau you cakap u tak sekolah pun orang percaya sis
Tak nampak mana yang kelakar
Sumber: Little Miss Khan