berita

‘Takkan Mudah Tertipu Dengan Penipuan Dia Lagi’ – Isteri Ammar Alfian

July 29th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kemelut rumah tangga antara pelakon Ammar Alfian dan Nelissa Nezam masih menjadi persoalan dalam kalangan netizen selepas mereka sering membalas kenyataan sebelum ini. Terbaru, Ammar memuat naik satu foto dirinya bersama isteri di akaun Instagramnya.

Namun, foto tersebut menjadi perbualan hangat netizen apabila Nelissa memberitahu bahawa foto tersebut diambil sebelum pelakon itu pergi meninggalkannya.

I’m trying my very best to be perfect for you

https://www.instagram.com/p/B0dbEeBBBTI/

Ammar memuat naik foto dirinya dan isteri sambil meletakkan kapsyen ‘saya bukan suami yang hebat mahupun sempurna, tetapi saya cuba jadi yang terbaik untuk awak, isteri saya’. Demi keluarga kita. Insyallah. Selepas dirinya memuat naik posting tersebut, Nelissa turut memuat naik satu posting di Instagramnya.

Never get back

https://www.instagram.com/p/B0dh7oTJWRW/

Menurut Nelissa, suaminya tidak pernah menghormati perasaannya dan bayi dalam kandungan kerana sering didakwa menipu. Tambahnya, suaminya itu sanggup pergi melancong ketika dirinya dimasukkan ke dalam hospital. Walaupun suaminya memuat naik foto mereka bersama, Nelissa tidak rasa dia akan kembali menerima suaminya semula.

Photo was taken weeks ago

Rata-rata netizen mempersoalkan mengenai gambar mereka bersama. Menurut Nelissa, foto tersebut diambil seminggu sebelum suaminya pergi meninggalkannya. Foto tersebut sekadar memori buat bayi mereka. Netizen turut menasihatkan Nelissa supaya kekal kuat dan tabah dengan dugaan yang datang dan berharap mereka berjaya selamatkan rumah tangga yang dibina.

Sumber: Ammar Alfian & Nelissa Nezam

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×