Semalam, pelakon dan pengacara Zulin Aziz memuat naik video di laman Instagram miliknya tidak berpuas hati dengan segelintir yang mengejeknya gemuk. Menurutnya, dia sering menerima mesej dan ditegur peminat dek kerana kelihatan berisi. Video berdurasi seminit itu menunjukkan emosi Zulin yang kurang stabil apabila memarahi peminatnya dan meluahkan ketidakpuasan hati.
Selain dari video menyanyi, Zulin juga gemar berkongsi video makanan dan memasak di Instagram. Sehingga dirinya menerima beberapa mesej secara peribadi yang mengatakan pengacara ini semakin kelihatan gemuk. Bukan hanya sekali, tetapi berkali-kali dari individu yang sama.
Takkan nak makan rumput hari-hari!
https://www.instagram.com/p/BfArPmZg_Kd/?hl=en&taken-by=zulinaziz
Dia meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang sering menghantar mesej secara peribadi hanya untuk menegur Zulin makin gemuk. Tambahnya lagi, Zulin tidak kisah kelihatan gemuk asalkan sihat tubuh badan dan tidak busuk hati.
Kurus hati busuk buat apa…
Ini pula komen-komen netizen yang memberi semangat untuk Zulin. Rata-rata yang berpendapat bahawa gemuk itu ‘awesome‘ ! Kebanyakkan berpendapat wanita chubby ini kelihatan lebih comel ketika marah.
Zulin turut menyarankan kepada netizen agar tidak terlalu obses untuk menjadi kurus. Biar gemuk asalkan bahagia.
Credit: Instagram Zulin Aziz