Semalam OHBULAN! telah kongsikan beberapa keping foto Fida Ibrahim yang dilihat sedang memakai pakaian ketat sehingga penampilan tersebut mengundang kritikan serta makian daripada segelintir pengikutnya.
Berikutan isu itu, Fida akhirnya tampil memberi penjelasan dan menerangkan kepada umum mengapa dia memuat naik foto sebegitu di laman sosialnya dua hari lepas.
Artikel Berkaitan :
Bercakap kepada sebuah portal berita hari ini, Fida telah menegaskan bahawa foto tersebut diambil ketika dia sedang menjalankan sesi fotografi bagi mempromosikan sebuah produk pelangsingan badan dan secara kebetulan dia turut dilantik sebagai duta produk tersebut.
Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjuk hasilnya.
Lagipun saya duta produk pelangsingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan…?
Fida tidak salahkan peminat yang mengutuk dirinya
Mengulas lebih lanjut mengenai segala kutukan serta kata-kata kesat yang dilemparkan oleh peminat terhadap dirinya, penyanyi ini dilihat lebih selesa untuk memandang perkara tersebut daripada sudut positif dan langsung tidak menyalahkan mereka 100%.
Masa saya upload gambar tu di Instagram, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat dah tersalah anggap.
Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar itu.
Susulan daripada insiden tersebut, Fida akui akan lebih berhati-hati dalam setiap pemakain serta foto-foto yang bakal dimuat naik di laman sosial dan menjadikan ini sebagai satu pengajaran yang besar buat dirinya.
Sumber : MalaysianDigest