berita

‘Taktik Kau So Yesterday..’ – Nabila Huda Sekali Lagi Bidas Kenyataan Ibu Tiri?

June 14th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini pelakon Nabila Huda didakwa berang dengan ibu tirinya di laman Instagram. Meski tidak menyebut individu dimaksudkan, namun kenyataan yang dibuat oleh pelakon itu mendapat respon ibu tirinya sendiri.

Menerusi Insta Stories terbaru, Nabila Huda sekali lagi membidas segala penafian dibuat itu. Marah betul ini.

Raih simpati ke sis?

Menerusi Harian Metro, kenyataan ibu tiri Nabila Huda mendapat perhatian pelakon itu sendiri. Dia menganggap ibu tirinya itu sengaja membuat kenyataan untuk meraih simpati. Abil turut menafikan dakwaannya terhadap ibu tirinya adalah bagi menutup kesalahan diri.

Seolah-olah kau baik sangat

Dalam kenyataan lain, Abil turut memberitahu ibu tirinya itu mengaibkan dirinya dan hanya berlagak baik. Pelakon itu turut memberikan nasihat buat ibu tirinya itu agar menghormati orang lain dan perbetulkan diri sendiri sebelum menganggu kerjaya orang lain.

Dimana muka bapak aku masa kau memalukan aku?

Abil turut berkongsi hasil screenshot Insta Stories yang dipercayai milik ibu tirinya. Dia turut terkilan apabila kenyataan dibuat itu seolah mengaibkan dirinya. Dia turut akui menghadapi segala dugaan bersendirian hanya kerana post dibuat ibu tirinya.

Sumber : Nabila Huda

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×