Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal selepas tular berita palsu mengenai kemunculannya ketika membuat persembahan di sebuah majlis rumah terbuka di Kedah, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Selepas Dimarah Ibu, Aliff Syukri Mohon Maaf & Serah Semula Takhta Penyanyi No.1 Pada Siti Nurhaliza
Artikel Berkaitan: ‘Mood’ Aidilfitri Tetap Bersenam, Siti Nurhaliza Jaga Stamina Untuk Konsert
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ingin Lepaskan Rindu, Siti Nurhaliza Habiskan 10 Malam Terakhir Ramadan Di Makkah
Berita palsu
Menerusi hantaran di Instagram Stories (IG Story), Siti menafikan kenyataan yang tular itu. Malah, dia mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyunting akaun Facebook miliknya untuk menyebarkan kenyataan berbaur fitnah itu.
Siapalah yang pandai-pandai edit berita palsu gunakan Facebook saya yang sudah verfied dan foward merata-rata yakinkan orang ini posting sebenar?
Ini fake! Cukup-cukuplah perkara nak dibuat macam ini. Saya ini penyanyi, hiburkan semua orang. Bulan Syawal ini, bulan jalinkan silaturahim bukan sebar-sebar berita palsu.
Bukan statement Siti
Menerusi satu lagi hantaran di entri sama, pelantun lagu Purnama Merindu itu turut menegur sebuah portal hiburan tempatan kerana memuat naik kenyataan palsu tanpa mendapatkan pengesahannya terlebih dulu.
Tegas Siti, dirinya sama sekali tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Terdahulu, berita yang tidak sahih itu mendakwa kononya pemilik nama penuh Siti Nurhaliza Taraduin, 44, tidak menyangka majlis rumah terbuka yang dihadirinya bertukar menjadi majlis politik.
Difahamkan, majlis tersebut merupakan Program Majlis Terbuka Malaysia Madani yang dianjurkan oleh kementerian dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Imbas kembali, ini bukan kali pertama Siti terpalit dengan fitnah sedemikian apabila sebelum ini nama dan gambarnya kerap disalah guna termasuk dalam promosi produk serta perkhidmatan.
Sumber:Instagram