berita

Takut Bayi Lemas, Ning Baizura Tolak Kaedah Lahir Bayi Dalam Air

December 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Kaedah bersalin atau melahirkan bayi didalam air mungkin kedengaran janggal bagi kita. Tapi di beberapa negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, ia dianggap perkara biasa dan termasuk dalam kategori kaedah bersalin secara normal.

Itulah yang berlaku pada penyanyi, Ning Baizura. Dia yang kini sedang sarat mengandung anak pertamanya mengambil keputusan untuk melahirkan anaknya secara normal kerana takut dengan risikonya selepas mendengar cerita dari orang lain.

“Apabila orang berkata tentang keburukannya di mana bayi yang dilahirkan mungkin boleh lemas walaupun peratusannya sangat kecil, saya enggan ambil risiko. Biarlah anak ini dilahirkan normal dan asalkan dia sihat, itu sudah lebih daripada cukup,” ujar Ning dipetik dari mStar Online.

Melalui akhbar online yang sama juga, Ning mengaku bahawa dia tidak yakin dengan kaedah bersalin didalam air kerana ianya masih lagi baru di Malaysia dan persiapan rapi perlu dilakukan sebelum proses kelahiran bayi.

“Walaupun bersalin dalam air sudah menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat, tetapi saya tidak yakin untuk melakukannya kerana di negara ini pendedahan kaedah itu masih baru. Difahamkan pula, ia memerlukan pelbagai persiapan rapi sebelum menempuh proses kelahiran bayi.”

Apa pun, semoga Ning Baizura selamat melahirkan anak sulungnya.

SKIP THIS AD ×