berita

‘Takut Beranak, Buat Sedap’ – Rebecca Nur Al Islam Ada Sebab Lahirkan 6 Anak Secara Pembedahan

June 4th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam telah diundang menjadi tetamu bagi sebuah program podcast berjudul Hitam Putih Kehidupan di YouTube rasmi Suhan Channel.

Artikel Berkaitan: Doktor Sahkan Terdapat Jangkitan Kuman Di Bahagian Kiri Paru-Paru Anak Rebecca Nur Al Islam

Artikel Berkaitan: Suami Rebecca Nur Al-Islam Sakit Pinggang, Terpaksa Jalan Pakai Tongkat – ‘Tak Tahu Nak Cakap Apa Punca’

Takut beranak

Rebecca yang menjadi tetamu dalam program tersebut berkongsi beberapa pengalaman ketika melahirkan anak sulungnya Nur Anggun Reverra, 11.

Menurut aktres itu, ketika dihujung kehamilan anak sulungnya, hampir setiap hari dia menangis apabila membayangkan akan proses untuk melahirkan.

Malah, Rebecca menjelaskan dia ada berjumpa dengan doktor untuk berkongsi mengenai kerisauannya itu sehingga memilih untuk melahirkan anaknya secara pembedahan.

Saya takut beranak sebenarnya, jadi anak pertama, masa saya baru-baru kahwin saya dapat tahu mengandung, saya ada masalah hujung-hujung nak beranak itu saya menangis tiap hari.

Jadi, saya menangis bukan dekat suami tapi mak saya. Takut ini tak dapat bayangkan macam mana buka, macam ini, macam itu saya membayangkan (proses bersalin).

Saya pergi jumpa doktor, lepas itu saya beritahu doktor yang saya takut sangat nak beranak sebab tengok YouTube. Doktor kata kenapa tengok. Saya tak dapat bayangkan macam mana masa itu.

Saya minta untuk bersalin secara pembedahan. Tapi doktor kata saya elok saja untuk beranak normal. Tapi saya tak nak, sebab takut.

Menurut Rebecca lagi, dia sudah biasa melakukan penjagaan selepas bersalin disebabkan itu semua anak-anaknya dilahirkan secara pembedahan.

Saya dah rasa macam penjagaan bersalin pembedahan itu, saya rasa saya boleh daripada normal saya tak dapat bayangkan. Jadi, saya cakap dengan doktor, saya minta izin untuk beranak secara pembedahan.

Saya rasa tak nak sakit kan, rupanya sakit selepas bersalin.

Sementara itu, Rebecca sempat berseloroh dengan mengatakan proses melahirkan amat menakutkan, tetapi tidak proses mendapatkan anak.

Saya takut beranak, buat sedap.

Turut kelihatan dalam program tersebut iaitu Datuk Rosyam Nor yang juga pengasas Suhan Movie yang mengandikan podcast berkenaan.

Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Nur Azman pada 14 Januari 2011.

Pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4, Nor Aurora Riana, 4 dan seorang bayi lelaki yang kini berusia dua bulan.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×