berita

Takut Diketahui Keluarga, Ibu Bunuh Bayi Baru Lahir Guna Seluar Dalam

May 19th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Dengan hanya menggunakan seluar dalam, seorang wanita dari Tulungagung, Jawa Timur membunuh anak kandungnya sendiri.

Artikel Berkaitan: Tergamak Dua Kali ‘Buang’ Bayi Di Hospital Sama, Si Ibu Menghilangkan Diri

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tekup Dia Dengan Bantal Sampai Mati’ – Bapa Bunuh Bayi 3 Bulan, Buang Mayat Dalam Timbunan Sampah

Artikel Berkaitan: Ibu Cekik, Cincang & Makan Kepala Anak Usia 5 Tahun, Alasan ‘Nak Tinggal Bersama Selamanya’

Bayi baru lahir

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Kompas, seorang wanita berusia 23 tahun didakwa membunuh anak kandungnya dek kerana panik dan takut jika diketahui keluarganya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika ketiadaan orang di rumah kerana ahli keluarganya menziarahi rumah saudara-mara sempena Aidilfitri.

Wanita tersebut menyangka kandungannya akan gugur dan menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. Namun, kandungan itu bertahan sehingga masuk usia sembilan bulan.

Ada percanggahan pengakuannya dengan fakta yang kami dapat.

Walau bagaimanapun, suspek menyatakan bahawa seluar dalamnya yang tidak sengaja terlilit kepada bayinya ketika proses melahirkan.

Setelah selesai melahirkan, suspek memasukkan bayinya ke dalam beg untuk mencuci dirinya yang diselubungi darah. Namun, wanita tersebut pengsan kerana mengalami banyak pendarahan.

Apabila sedar, suspek segera menghubungi rakannya untuk ke hospital. Walau bagaimanpun, pihak hospital meragui kesan pada bayi tersebut.

Susulan itu, pihak hospital mengambil keputusan untuk merakamkan video untuk menjadi bukti sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×