Sebagai selebriti, setiap apa yang digayakan meskipun kelihatan kecil, akan tetap dipandang dan diberi perhatian orang sekeliling. Anting-anting dipakai penyanyi Ayda Jebat yang berbentuk mata satu menjadi pertikaian di laman sosial dan dikatakan seakan-akan simbol freemason atau all-seeing eye.
Malas layan benda remeh
Menurut penyanyi Temberang ini kepada Harian Metro, anting-anting dipakainya tidak perlu ditakuti, setelah netizen membuat pelbagai dakwaan mengaitkannya dengan unsur illuminati.
Jangan takut dengan anting-anting saya, tapi takutlah dengan mata sendiri yang suka mencari silap orang.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu ambil pusing berkenaan hal itu kerana menganggapnya isu remeh dan aksesori itu hanyalah sekadar fesyen.
Saya malas nak layan perkara remeh seperti ini. Tak perlu takut dengan apa yang saya gayakan kerana masih berpegang teguh kepada ajaran Islam. Apa yang digayakan itu hanyalah sekadar fesyen dan tiada kena mengena dengan amalan khurafat.
Tunjuk contoh baik pada masyarakat
Ujar Ayda lagi, dia mempunyai tanggungjawab menjadi contoh baik demi menjadi contoh orang ramai.
Sebagai selebriti saya perlu menunjukkan contoh yang baik untuk masyarakat. Jadi, takkanlah saya nak paparkan sesuatu yang akan menjejaskan imej buruk kepada diri saya dan umum.
Ayda dilihat menggayakan anting-anting berkenaan ketika tampil dalam rancangan Melodi di TV3, Ahad lalu sebagai tetamu. Screenshot rakaman program itu kemudiannya berlegar di laman sosial yang kemudian penyanyi itu dikritik seakan tidak sensitif dengan simbol berkenaan.
Sumber: Harian Metro