berita

Tan Cheng Hoe Mahu Harimau Malaya Ulangi Sejarah Gemilang 2010

December 10th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Esok malam pasukan bola sepak Malaysia akan bertemu Vietnam di peringkat final Piala AFF Suzuki edisi 2018. Pasti ramai yang mengharapkan skuad negara akan mengulangi kejayaan pada tahun 2010 lalu.

Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berhasrat mengulangi detik manis negara dan nekad membawa pulang trofi Piala AFF Suzuki tahun ini.

Saya yakin barisan pemain kita

Saya yakin barisan pemain yang diturunkan nanti mampu memberi kejayaan kepada negara. Biarpun sedar dengan kekuatan pihak lawan Vitenam, tetapi semangat bermain di tempat sendiri merupakan kelebihan kepada kita. Aura final pastinya berbeza dan cabaran ini dianggap motivasi kepada semua pemain. Tidak lupa juga sokongan ribuan peminat yang hadir akan membuatkan perlawanan lebih berbeza.

Tambah jurulatih skuad negara ini lagi, kesilapan dilakukan pemain ketika saingan kumpulan sebelum ini menyaksikan pasukan negara tewas 2-0 kepada Vietnam menjadikan mereka lebih berhati-hati.

Vietnam bermain sangat baik

Sejak tahun lalu kita dapat lihat pasukan Vietnam bermain sangat baik. Kita sedar bukan mudah untuk mendapatkan gol kerana tahu barisan pertahanan  mereka sangat tersusun. Pemain-pemain kita juga perlu berhati-hati kerana mereka juga sangat pantas. Apa yang penting sekarang kita perlukan gol, baharulah boleh menang. Jadi kita akan teruskan cara kita dan ambil kesempatan bermain di tempat sendiri.

Kekalkan momentun seperti di Bangkok

Kekalkan momentum seperti beraksi di Bangkok minggu lalu walaupun beberapa pemain belum pulih sepenuhnya. Kita akan terus pantau dua pemain, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Syazwan Andik yang masih belum dapat menyertai latihan. Yang penting siapa sahaja yang diturunkan esok akan dapat memberi semangat yang sama.

Untuk rekod, Malaysia layak ke final buat kali keempat sejak kejohanan dwi tahun ini berlangsung pada 1996, dan merupakan perebutan trofi kali kedua setelah muncul juara 2010.

Malaysia bakal menentang Vietnam pada perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil pada 11 Disember manakala aksi kedua di Hanoi, Sabtu ini.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×