Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, ramai yang mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti menarik bagi mengisi masa lapang tinggal di rumah. Ada yang bercucuk tanam, menghias rumah, mempelajari resepi baru dan macam-macam lagi.
Bagi lelaki ini, masa terluang sepanjang PKP digunakan sepenuhnya untuk bercucuk tanam. Jika diamati betul-betul, dah macam kebun sayur di Cameron Highlands!
Tanaman Menghijau Seperti Di Cameron Highlands
Pengguna laman Twitter, Shazriel Yusoff mampu tersenyum gembira apabila tanaman yang diusahakan bapanya sejak 4 bulan lepas kini tumbuh menghijau di hadapan rumah. Lebih spesifik, bayam dan pegaga brazil yang ditanam itu membuatkan hadapan rumahnya seperti berada di Cameron Highlands.
Katanya, bapanya itu mula berkebun secara kecil-kecilan sebelum PKP berlangsung. Tanaman yang diusahakan seperti pegaga dan bayam Brazil itu menjadi subur selepas empat bulan. Dia juga berasa bangga dengan hasil yang diusahakan bapanya itu yang hanya menggunakan halaman rumah mereka.
Menunggu dengan penuh sabar, berkat dari itu mereka sekeluarga sudah sekurangnya dapat menjana pendapatan daripada hasil tanaman tersebut termasuk dengan menjual kerepek ranggup bayam Brazil.
Kerepek bayam itu dijual berharga RM22 dan penghantaran cash on delivery (COD) disediakan bagi sekitar negeri Perak iaitu di Klebang, Chemor, Meru dan Tasek. Pos pun boleh juga!
Sumber : Shazriel Yusoff