berita

Tanda Hormon Tidak Stabil Dan Cara Berkesan Mengatasinya

November 8th, 2021 | by Iman
Kesihatan & Hidup Aktif

Kredit foto: Atomiyme.com

Sejak dari dulu lagi kaum wanita sering diberi peringatan oleh ibu atau nenek agar menjaga organ peranakan selepas melahirnya anak. Pelbagai pantang larang diikuti dengan harapan dapat merawat sebarang luka mahupun kesakitan yang berlaku semasa melahirkan bayi.

Namun ketika ini semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan yang melibatkan ovari iaitu ketumbuhan seperti fibroid ataupun cyst, dimana punca utamanya adalah masalah hormon yang tidak seimbang.

Artikel berkaitan: Derita Tanggung Cyst 5Kg Selama 3 Tahun, Gadis Ini Kongsi Puncanya

Artikel berkaitan: Wanita Perlu Ambil Serius Terhadap Period Tidak Seimbang. Penyakit Ini Mungkin Merbahayakan Anda.

Jaga ovari sejak kanak-kanak

Kredit foto: Mk2

Penjagaan ovari perlu dititik beratkan sejak kecil lagi, kerana anak perempuan yang meningkat dewasa sering dijangkiti kuman di luar faraj akibat kurangnya penjagaan kebersihan dan ketahanan badan yang lemah.

Ibu bapa boleh memberikan anak perempuan multivitamin sirup dan juga minyak ikan supaya dapat meningkatkan daya ketahanan badan dan dapat mengelak pelbagai penyakit khususnya ovari.

Bagi mereka yang mempunyai masalah seperti keputihan, cuba basuh faraj dengan air garam kerana ia merupakan antiseptik yang terbaik untuk wanita.

Amalkan makanan anti-estrogen

Kredit foto: Nealissa Rosli

Ovari sangat dipengaruhi oleh dua jenis hormon iaitu Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot, manakala Progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot ovari.

Sebab itu, hormon ini perlu sentiasa dalam keadaan seimbang dan saling bekerjasama, jika tidak ia akan menyebabkan hormon tidak stabil dan pelbagai penyakit ovari.

Antara makanan yang bertindak sebagai anti-estrogen adalah buah delima, sayur-sayuran hijau seperti sawi dan salad, yogurt, dan juga kacang almond. Amalkan juga minum teh hijau bagi antioxidant dan juga susu segar setiap hari.

Jaga hormon yang tak stabil

Kredit foto: Sehatq

Hormon wanita sering kali terganggu disebabkan oleh tahap Estrogen tinggi dan Progesterone rendah. Hormon estrogen penting untuk tubuh badan wanita terutamanya untuk kecantikan dan kewanitaan.

Apabila hormon estrogen tak stabil, ia boleh menimbulkan penyakit yang berbahaya seperti fibroid, kanser rahim, kanser payudara, kemandulan, dan pendarahan pada rahim.

Sebab itu, wanita perlu menjaga hormon mereka dengan mengawal pengambilan makanan yang mengandungi gula, karbohidrat, perisa dan pengawet yang boleh menyebabkan estrogen meningkat dan progesterone menurun ini akan menyebabkan penyakit seperti tekanan fizikal, stress mental dan gangguan emosi melampau.

Pantau berat badan

Kredit foto: 100comment

Berat badan yang berlebihan bukan sahaja boleh membawa kepada masalah kesihatan yang kronik, malah ianya juga boleh mendatangkan masalah kepada ovari bagi kaum wanita dan menyebabkan sukar hamil.

Makanan yang tidak seimbang seperti fastfood atau junk food adalah penyumbang terbesar masalah ovari kerana akan menyebabkan gangguan hormon.

Ketidak seimbangan hormon bermula apabila gangguan haid berlaku, iaitu haid tidak datang secara teratur seperti haid terlalu banyak, haid berketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan.

Kesemua itu adalah petanda awal yang akhirnya akan merosakkan ovari wanita jika dibiarkan, malang jika ovari ditimpa penyakit dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sumber: Mingguanwanita.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×