berita

Tanda Nombor Giliran Pakai Barang, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Lihat Individu Tiba-Tiba ‘Naik Angin’

November 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seperti yang kita sendiri tahu, hospital dan klinik kerajaan menyediakan rawatan dengan kos yang murah menyebabkan ramai dari kalangan kita memilih untuk mendapatkan rawatan di sana. Jadi sudah menjadi kelaziman buat mereka yang ingin mendapatkan rawatan di pusat perubatan milik kerajaan untuk pergi beberapa jam lebih awal dari waktu temu janji yang telah ditetapkan.

Baru-baru ini, pengguna Facebook Fad Feline Family ini menceritakan kisah pahitnya apabila dipertemukan dengan seorang individu selfish ketika sedang beratur untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Malu dengan kelakuan bangsa sendiri

Pagi tadi apak telah menyaksikan live depan mata suatu peristiwa yang amat bod*h nak mam**s dilakukan oleh bangsa sendiri, malu yang teramat sangat dengan kebo**han manusia tu.

Apak bangun awal dalam pukul 5:20 dan tunggu masuk subuh, sebab lepas sembahyang je nak terus gerak pergi hospital untuk beratur dapatkan giliran awal. Apak memang biasa buat macam ni terutamanya beratur untuk parents apak di klinik kesihatan ***, memang apak selalu dapat nombor awal-awal.

Apak sanggup je beratur lama dari pukul 6 sampai pukul 8 semata-mata untuk dapat giliran awal. Bila dapat giliran awal, settle pun awal, lepas tu boleh terus pergi kerja. Selain nak dapat giliran awal, parking pun dapat, kalau lambat confirm tiada parking.

Membebel sebab susun barang untuk beratur

Sekadar gambar hiasan

Pagi tadi apak first time pergi beratur di hospital xxx. Apak sampai-sampai je apak tengok dah bersusun barang orang yang lagi awal dari apak. Kat situ memang ada banyak kerusi untuk duduk, jadi memang bagus la, letak je barang dan pergi duduk. Pukul 7:30 baru masuk barisan ramai-ramai untuk ambil nombor.

Tiba-tiba, datang ‘seekor’ manusia bod*h lepas tu dia macam terkejut tau. Apak mula-mula ingat dia lurus bendul sebab gaya dia macam lurus bendul. Kemudian dia membebel-bebel sebab orang susun barang untuk beratur tu, macam-macam la dia bebel, semua orang dengar. Dia kata patut tak boleh letak-letak barang macam tu, patut kena beratur betul-betul lepas tu dia beratur sorang-sorang.

Orang-orang yang kemudian dari dia pun letak barang juga, dia masih juga membebel-bebel sambil hasut orang lain supaya jangan letak barang tapi tiada siapa layan dia.

Konon nak buat report

Sekadar gambar hiasan

Lepas tu dia rasa dia betul sangat, dia rasa dia tercabar sebab tiada siapa layan dia. Dia kata nak potong queue dan beratur depan sekali sebab barang-barang yang orang susun tak valid katanya.

Lepas tu dia bebel lagi kata nak report kat menteri lah, nak bawa usul tu ke parlimen lah, nak report pengarah hospital la bagai. Baru apak tahu dia bukan lurus bendul, tapi dia ada attitude orang kaya atau bos-bos berjawatan besar iaitu attitude rasa diri betul.

Salah satu sebab apak rasa dia bendul sebab dia pakai beg lepas tu dua-dua belah kiri kanan ada botol air. So itulah kebodohan yang apak nampak pagi tadi. Apak rasa dia first time datang hospital kot.

Pentingkan diri sendiri

Sekadar gambar hiasan

Dah lambat tapi nak giliran awal, akhirnya memang dia potong queue dan dapat nombor 1 tapi apak doakan darah yang dia ambil tadi beku dan dia kena ambil darah semula next appointment.

Dasar manusia selfish. Malu betul dekat uncle dan auntie Cina dan India sebab Melayu sendiri buat perangai musib*t. Nombor-nombor yang terawal memang biasanya Cina dan India sebab mereka datang dari sebelum subuh. Memang rekod la hari ini Melayu dapat nombor satu.

Sesiapa yang ada anak untung la boleh wakilkan anak beratur, yang warga emas datang sendiri tu macam mana nak beratur lama-lama? Letak barang okay la, dah kerusi mmg ada, apa salahnya letak barang sebagai simbol beratur. Nak giliran awal datang la awal. Ni datang lambat lepas tu nak nombor satu. Dia expect mak cik pak cik yang umur 70, 80, 90 untuk beratur dari pukul 6 pagi ke? MEMALUKAN.

Sumber: Facebook Fad Feline Family

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×