Beberapa hari lalu Saiful Nang telah berkongsi pendapatnya mengenai anak autistik dan tantrum yang berpunca daripada penggunaan gajet yang berlebihan kepada anak-anak. Status tersebut telah mendapat ribuan kongsian oleh warga Facebook.
Artikel berkaitan: Saiful Nang Beri Amaran Kepada Ibu Bapa Suap ‘Dadah Gantian’ Kepada Anak
Terbaru, seorang pengguna Facebook (Syahr Musafir) bertindak untuk membalas kenyataan berkenaan untuk membetulkan beberapa fakta yang dianggap seolah-olah sengaja dipinggirkan.
‘ASD adalah satu keistimewaan yang membuat ibu bapa bekerja lebih’
Dalam status sebelum ini Saiful Nang seolah-olah mengatakan bahawa ibu bapa hanya memberikan alasan keistimewaan anak mereka untuk membiarkan anak-anak terus misbehave.
‘Saiful Nang bukan doktor, tak sepatutnya bercerita penuh tentang autisme’
Saiful Nang boleh dianggap sebagai bapa kepada anak-anak yang baik tingkah lakunya dan mampu menerima arahan. Dia tidak sepatutnya memberi komen kepada perkara yang berada diluar bidang kuasanya kerana dia sendiri tidak mempunyai pengalaman untuk menangani kanak-kanak autisme. Tambahan pula dia bukanlah seorang doktor yang arif dalam bidang ini.
‘Autisme adalah sakit, bukan sebab anak itu gila, bodoh atau degil’
Syahr Musafir berkongsi pengalamannya melihat anak autistik yang terlalu aktif dan mampu berubah emosi tanpa sebab. Bukanlah salah ibu bapa anak-anak ini bertindak sedemikian tetapi disebabkan oleh sakit yang dialaminya. Dia tidak setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Saiful Nang dimana dia seolah-olah menyalahkan ibu bapa kerana tidak mendidik anak sebaiknya.
‘Sedih ibu bapa yang ada anak autistik jika baca ‘sindiran’ ini’
Saiful Nang bukanlah seorang yang arif tentang isu ini. Kenyataan yang dikeluarkan hanya akan mengguris perasaan mereka yang memiliki anak autistik. Video yang dimuatnaik oleh Saiful Nang semalam pula mendapat ribuan komen dari netizen seolah-olah setuju untuk menyalahkan ibu bapa tentang perkara ini.
‘Tantrum dan meltdown tak sama’
Namun, Syahr Musafir menjelaskan bahawa TANTRUM dan MELTDOWN adalah dua perkara yang berbeza dan sekali lagi tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saiful Nang semalam.
Credit: Syahr Musafir