Seorang individu tampil mendedahkan keperibadian pelakon versatil Que Haidar, yang mungkin jarang diketahui umum.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Puji Que Haidar ‘Gentleman’ – ‘Selalu Saya Yang Ambilkan Air’

Artikel Berkaitan: Que Haidar Jatuh Hati Pada Ketenangan Kuala Pilah, Lebih Tiga Bulan Tak Balik – ‘Rindu Rumah & Katil’

Hormat isteri

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mengimbas kembali momen ketika terserempak dengan Que dan keluarganya semasa aktor itu berada di sebuah pusat membeli-belah.

Individu berkenaan menyatakan hasrat mengabadikan pertemuan tersebut dengan mengambil foto bersama, namun Que meminta dia untuk mendapatkan keizinan daripada isterinya ketika itu iaitu Linda Jasmine, terlebih dahulu.

Saya pernah jumpa Que dengan keluarganya di Gurney Plaza pada tahun 2012, kalau tak salah.

Saya tanya kepada Que, untuk nak bergambar. Kemudian dia jawab, ‘tanya kakak (Linda Jasmine) kau dulu’, sambil tunjuk isteri dia.

Saya pun tanya isterinya dan dia jawab boleh.

Que datang dekat isteri dia dan kami tangkap gambar sekali.

Menurut individu tersebut, personaliti pemilik nama Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar itu ternyata mencerminkan nilai hormat dalam menjaga batas dan keharmonian rumah tangganya.

Saya ucapkan terima kasih dan dia jawab sama-sama.

Saya respect Que sebab hormat isterinya ketika itu.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap pelakon filem Rock Oo! itu kerana menghormati dan mengutamakan perasaan Linda.

Dalam masa sama, mereka turut mengagumi diri Que yang dilihat tidak sombong meskipun bergelar aktor terkenal.

Sekadar info, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 namun bercerai talak satu pada 2 Julai 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13 tahun.

Sumber: Threads