![[VIDEO] ‘Repost’ Anak Que Haidar Tentang Bapa Undang Perhatian](https://asset.ohbulan.com/2026/04/que-ratu-1.jpg)
Perkongsian semula atau repost dari akaun milik anak kepada pelakon popular Que Haidar iaitu Tengku Ratu Haidar telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sabar Sebab Abang, Kalau Ikutkan Hati Dah Lama Tersebar Aib Awak’ – Adik Que Haidar
Artikel Berkaitan: ‘Tanya Dia Dulu’ – Peminat ‘Throwback’ Que Haidar Suruh Minta Izin Linda Jasmine Sebelum Bergambar
Ratu repost video
View on Threads
Menerusi repost di laman TikTok, Ratu berkongsi semula sebuah hantaran daripada seorang pengguna aplikasi tersebut mengenai pandangan anak terhadap bapanya.
Berdasarkan tinjauan OhBulan!, repost remaja berusia 17 tahun itu dilakukannya pada tarikh 4 Februari lalu.
Komen netizen


Menjengah di ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian semula Ratu itu dan percaya bahawa dia mempunyai hubungan yang baik dengan bapanya.
Sebelum ini, isu perceraian antara Que dan bekas isteri, Linda Jasmine kembali menjadi perhatian selepas Linda mendakwa perpisahan mereka terjadi kerana mahu melindungi anak-anak daripada kejahatan.
Kenyataan yang tidak diperincikan dengan lebih jelas itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan ahli keluarga mereka.
Imbas kembali, Que mendedahkan dia dan Linda sudah sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 17, dan Tengku Cleopatra Haidar, 14.
Sumber: Threads








