berita

‘Tapi Tu Lah Nak Kahwin Dengan Askar Bukan Senang…’

February 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Astro Awani

Memang tak dapat dinafikan, perbelanjaan majlis perkahwinan dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini secara tidak langsung memberi ‘tekanan’ kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Meskipun begitu, ada dalam kalangan mereka memilih untuk membuat perancangan lebih awal dengan menyediakan ‘tabung perkahwinan’.

Simpan duit kahwin

Berdasarkan perkongsian di Twitter Tywerdsz_, wanita ini meluahkan rasa terharu selepas diberi kepercayaan oleh teman lelakinya untuk menyimpan wang buat majlis perkahwinan mereka kelak. Difahamkan, teman lelaki wanita yang juga merupakan seorang tentera ini telah memindahkan wang berjumlah RM2,000 itu ke dalam akaunnya untuk simpanan.

‘Nak kahwin dengan askar bukan senang’

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, wanita ini memaklumkan bahawa majlis pertunangannya sepatutnya berlangsung pada 16 Januari lalu tetapi disebabkan PKP mereka dikatakan terpaksa menangguhkan majlis tersebut. Dia mengakui bahawa untuk mendirikan rumah tangga bersama seseorang yang berkhidmat sebagai askar bukanlah satu perkara yang mudah.

Jelasnya lagi, dia kurang gemar apabila teman lelakinya membelanjakan wang terhadap satu perkara yang tidak penting. Malah dia bersyukur melihat kesungguhan teman lelakinya menyimpan wang untuk kegunaan masa depan mereka suatu hari nanti.

Semoga dipermudahkan

Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan netizen meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat meneruskan perancangan pertunangan kerana PKP.

Mereka turut berkongsi pengalaman yang sama apabila mereka dipertanggungjawabkan dan diberi kepercayaan untuk menyimpan wang perkahwinan. Malah, ada juga yang membuat ‘Group Whatsapp’ untuk memberi update terkini tentang jumlah simpanan wang mereka.

‘Tengah berusaha simpan duit’

Sumber: Tywerdsz_

SKIP THIS AD ×