Sebut je pasal Sunway Lagoon, kami yakin satu Malaysia tahu betapa seronoknya taman tema ini.
Bermula dari lokasinya yang strategik sehinggalah ke permainan dan aktiviti air yang ditawarkan di sana, Sunway Lagoon memang tak pernah mengecewakan.
Bagi yang dah pernah berkunjung ke sini, jangan risau untuk datang lagi sebab Sunway Lagoon sentiasa buat pembaharuan supaya korang yang datang berulang kali tak pernah bosan.
Dah ada tarikan terbaru tau!
Ya, belum sempat korang habiskan semua permainan di Sunway Lagoon, mereka dah ada kejutan baru guys!
Kali ini Sunway Lagoon bekerjasama dengan Farm Fresh bagi membangunkan taman tema malam berkonsep Wow Wild West.
Menerusi kerjasama dua jenama hebat ini, sebuah kandang lembu mini Farm Fresh telah diwujudkan di Sunway Lagoon bagi mewujudkan suasana ala koboi tau. Haa.. Moo-narik tak?
Sebenarnya, semua aktiviti serta tarikan ala koboi ini dah bermula sejak 16 November lalu, tapi korang jangan risau sebab belum terlambat untuk serbu dan enjoy semua aktiviti okay!
Konsep ala koboi
Kalau korang masuk ke Sunway Lagoon Night Park nanti, kami yakin korang akan teruja melihat kawasan yang luas dengan bangunan dan bangsal berinspirasikan desa Old West.
Suasana malam korang seterusnya akan berubah sekelip mata apabila korang bergerak menuju ke Zon Pembelajaran dan Zon Memerah Susu Lembu Farm Fresh.
Paling best, korang dapat berinteraksi dengan dua gadis comel, Holly dan Koci untuk mempelajari mengenai susu segar dengan lebih mendalam.
Sambil mendengar celoteh Holly dan Koci tu, korang bolehlah singgah sekejap hilangkan rasa dahaga dengan menikmati minuman segar di kaunter Jom Cha.
Menariknya, Jom Cha oleh Farm Fresh ini menawarkan 20 jenis perisa minuman Boba daripada 6 kategori berbeza seperti susu segar, yogurt dan susu berasaskan tumbuhan.
Ajak ramai ramai!
Bagi yang merancang nak ke Sunway Lagoon Night Park, ingat pesanan kami untuk bersiap sedia enjoy semua aktiviti yang ada di sana daripada pagi hingga ke senja.
Antara tarikan yang wajib dicuba adalah permainan mencabar diinspirasikan daripada Old American West yang memang korang takkan jumpa dekat tempat lain.
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba kesemua tujuh tunggangan menarik yang ada di sana.
Psttt… kalau korang merancang nak datang rombongan satu bas pun boleh tau sebab kawasan ini memang boleh memuatkan sehingga 250 orang pada satu masa.
Memang sesuai untuk mereka yang ada rancangan percutian bersama keluarga atau korporat.
So, apa tunggu lagi tu? Jangan lupa ajak satu keluarga ke Sunway Lagoon Night Park tau. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran baharu di Sunway Lagoon, layari www.sunwaylagoon.com.