Sekadar gambar hiasan
Permohonan kelayakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1 pada tahun 2025 telah dibuka bermula 19 Oktober sehingga 30 November 2024.
Artikel Berkaitan: Rangkaian Televisyen Media Prima Bawakan Liputan Khas Pra-Belanjawan 2025
Artikel Berkaitan: Nak Buat Pengeluaran KWSP Akaun 3 Lebih RM250 Sehari? Ini Cara Untuk Lengkapkan e-KYC
Sumbangan Tunai Rahmah
Oleh itu, rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan baharu atau mengemas kini maklumat boleh lakukannya dengan kadar segera. Adalah diingatkan, kegagalan mengemas kini maklumat boleh mengakibatkan permohonan STR bagi fasa 1 anda gagal dan ditolak.
Permohonan STR boleh dilakukan secara dalam talian di portal STR 2025 atau secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.
Langkah-langkah untuk mengemas kini STR Fasa 1:
1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
2. Isikan maklumat kad pengenalan anda beserta kata laluan yang didaftarkan bagi akaun STR.
3. Sekiranya anda belum pernah berdaftar, lengkapkan maklumat anda pada pilihan ‘Daftar Akaun Baharu’
4. Selepas berjaya log masuk ke akaun, anda perlu memilih bahagian ‘Kemas Kini Permohonan’
5. Kemudian, anda perlu membuat semakan termasuk bilangan anak, status perkahwinan, jumlah pendapatan dan sebagainya. Sekiranya terdapat perubahan, anda hendaklah mengubah mengikut maklumat terkini.
6. Jika tiada perubahan, anda perlu membuat semakan dan memastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan benar.
7. Anda juga perlu memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
8. Setelah semuanya selesai, anda perlu menekan butang ‘hantar’ dan kemaskini anda telah berjaya.
Proses kemas kini hanya perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan maklumat atau pemohon tidak pernah mengemaskini permohonan selama tiga tahun berturut-turut.
Permohonan baharu dan tarikh kemaskini STR dibuka sepanjang tahun namun bagi permohonan kelayakan bayaran Fasa 1 akan ditutup pada 30 November ini.
Sumber: Laman Web STR