berita

Tasha Manshahar & Bayi Tiga Bulan Positif Covid-19

February 14th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Tasha Manshahar disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah bersama anak keduanya, Mateen Rizqi, yang berumur tiga bulan.

Simptom biasa

Menerusi Instagram Stories miliknya, Tasha, 29, tidak mengalami demam panas dan masih mempunyai deria rasa seperti biasa.

Namun ceritanya, tekak dia mula berasa sakit sejak Ahad lalu dan diikuti dengan sakit sendi dan hidung tersumbat.

Simptom saya bermula Ahad lalu. Lepas itu dia macam berperingkat. Ahad, sakit tekak bawa ke Isnin. Selasa, tekak bertambah sakit, sakit sampai telinga.

Petang kurang tapi datang pening kepala. Nak dekat maghrib, datang sakit sendi pula. Seram sejuk rasa. Telan panadol selesai.

Rabu simptom yang semalam semua dah tak ada, hidung tersumbat pula. Khamis, hidung tersumbat dengan batuk. Suara pun dah mula serak sengau.

Jumaat, batuk dengan hidung tersumbat tapi dah kurang. Sekali sekala datang kepala rasa berat.

Bayi positif juga

Tambah pemilik nama Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, dia berdepan risiko apabila membawa sekali bayi untuk kuarantin bersama memandangkan masih menyusu badan.

Sebelum buat keputusan untuk bawa Mateen kuarantin bersama saya, risiko terbesar adalah Mateen pun akan positif.

Saya memang cuba sedaya upaya ikut guidelines, buat apa yang termampu supaya Mateen kekal negatif dan kami boleh cepat bersama dengan daddy dan Muammar.

Semalam saya dapat banyak DM daripada ibu yang pernah melalui pengalaman macam ini. Alhamdulillah baby negatif sampai kuarantin. Saya harap Mateen pun macam tu.

Dalam hantaran terbaru, pelantun lagu Be Mine memberitahu Mateen juga disahkan positif Covid-19 manakala suami, Raqib Majib dan anak sulung tidak dijangkiti wabak itu.

Sekadar info, Tasha berkahwin dengan Raqib Majib pada 8 September 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muammar Rafiqi, tiga tahun dan Mateen Rizqi.

Sumber: Instagram @tashamanshahar

SKIP THIS AD ×