berita

Tasha Manshahar Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Kongsi Detik Sayu Saat Suami Laungkan Azan

June 22nd, 2019 | by Amat
Lensa Insta

Penyanyi Youtube, Tasha Manshahar selamat melahirkan anak sulung lelaki dan sempat berkongsi rasa syukur atas kelahiran pada hari Jumaat seperti yang diharapkan. Dia menerusi Instagram memuatnaik sebuah video menyaksikan suaminya, Raqib Majid sedang melaungkan azan ini undang sebak netizen.

Saya cuma minta yang terbaik

https://www.instagram.com/p/By7lcVzg3mH/

Posting Tasha Manshahar sebelum ini menyaksikan fotonya sedang berada di atas katil hospital dan menunggu masa untuk bersalin. Dia memohon doa buat pengikut di Instagram untuk melancarkan proses melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Sayu saya tengok wajah dia

https://www.instagram.com/p/By7FFdEgcMY/

Sebelum ini, Raqib Majid juga kongsi video menyaksikan dirinya sedang membaca surah Al-Quran dengan kapsyen memohon doa agar dipermudahkan urusan mereka termasuklah isteri dan anaknya. Tambahnya, rasa sayu apabila melihat wajah isterinya itu dan dia turut menemani Tasha masuk ke dalam labour room.

Allah granted my wish today

https://www.instagram.com/p/By-H8pMA2RC/

Terbaru, penyanyi ini berkongsi video pendek suaminya, Raqib Majid sedang melaungkan azan telingga bayi lelaki yang diberi nama Saiyidul Aiyam. Tasha bersyukur kerana selamat melahirkan anak pada hari Jumaat seperti mana diharapkan dirinya. Dia turut mengucapkan terima kasih buat semua pengikut kerana tidak jemu mendoakan kebaikan buat dirinya dan bayi sepanjang proses melahirkan anak.

Sumber: Tasha Manshahar

SKIP THIS AD ×