Sebelum ini ada desas-desus mengatakan yang Tasha Shila telah berkahwin dengan seorang lelaki yang identitinya tidak dikenal pasti.
Menurut khabar angin itu lagi, lelaki berkenaan bukanlah Mahali Jasuli ataupun Datuk J yang sering dikaitkan dengannya.
Tasha bagaimanapun telah menafikan gosip tersebut dan memberitahu bahawa dia akan berkongsi dengan khalayak mengenai perkara baik itu sekiranya ia benar-benar terjadi kelak.
Dan kali ini, timbul pula kisah terbaru yang mengatakan Tasha bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan. Betulkah?
Itulah yang ditulis di muka hadapan majalah Pesona Pengantin. Majalah penuh info ini telah menampilkan Tasha Shila sebagai penghias kulit edisi terbaru mereka.
Melalui foto diatas, dapat dilihat pelakon kecil molek itu sungguh ayu berbusana pengantin dan didandan rapi sambil duduk di atas sebuah katil.
Kalau benar apa dikata, tahniah diucapkan buat Tasha dan bakal pengantin lelaki. Tetapi OHBULAN! pasti, ramai jejaka di luar sana yang kecewa dan menggigit jari selepas ini.
Bagi peminat-peminat Tasha, anda boleh dapatkan majalah Pesona Pengantin edisi November 2013 untuk mengetahui impian perkahwinan pelakon jelita ini.