berita

Tasha Shilla Nafi Buat Pembedahan Plastik Di Bali

October 17th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

tasha_shilla

Sebelum ini ada khabar angin mengatakan Tasha Shilla telah melakukan pembedahan plastik untuk mencantikkan hidung dan membesarkan payudaranya di Bali, Indonesia.

Dakwaan itu mula timbul selepas terdapat individu yang melihat perbezaan ketara antara gambar lama dan gambar baru Tasha.

Bagaimanapun melalui laporan mStar Online, Tasha menafikan perkara tersebut dengan mengatakan tujuannya ke Bali adalah untuk bercuti.

Saya ke Bali bukan kerana buat pembedahan sebaliknya pergi bercuti bersama rakan-rakan lain. Kalau benar saya ingin buat pembedahan plastik, bukanlah di situ tempatnya.

Menurut pelakon itu lagi, dia bersyukur dengan keadaan semulajadi tubuhnya selain mengatakan perubahan di muka mungkin disebabkan oleh solekan.

Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik ke atas tubuh saya, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

Bagi yang rapat dan pernah pegang muka saya tahu ia tidak berubah, jika nampak lain mungkin disebabkan teknik solekan semata-mata.

Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan foto-foto terbaru Tasha Shilla untuk tatapan anda semua.

SKIP THIS AD ×