berita

Tatu Inai Di Badan Suami Dah Tanggal – Yasmin Hani

June 21st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Yasmin Hani & Suami 11

Tanggal 8 Jun lalu pengacara dan pelakon jelita, Yasmin Hani telah terbang ke Bali, Indonesia bersama suami tercinta, Shaarin Razali.

Sepanjang berada di Bali, Yasmin Hani telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya menerusi laman Instagram dan melalui foto-foto berkenaan, terdapat sekeping gambar yang menunjukkan suaminya sedang membuat lukisan tatu di bahagian lengan berserta caption berbunyi :

I think i can draw better.. Hahahahaaaaa thx Made Jeffry..

Foto tersebut bagaimanapun telah mendapat pelbagai kritikan serta respon peminat, sehingga ada yang mempertikaikan budaya dan agama suami pelakon itu.

Yasmin Hani

Yasmin Hani & Suami 20

Lukisan tatu inai di lengan suami Yasmin Hani

Bagi menjawab segala kritikan tersebut, dramatis ini telah membalas kata-kata peminat dengan kenyataan berbunyi :

Salam… Tatto di badan dah pun tanggal semuanya.. Mudah sangat ditanggal.. Saya sendiri pun tak berani sgt nak tegur org. Kalau saya nak tegur saya buat cara private. Wasalam.. Oh one more thing, i pun tak berapa faham sebenarnya, kenapa tok kadi tak tegur sesiapa lelaki yg nak kahwin tak boleh pakai inai ataupun masa kursus nikah tiada satu ustaz ataupun ustazah yg melarang si suami memakai inai??? Hmmm hairan juga saya. Kerana kita kurang ilmu, mereka pula memberi.. Tapi tidak diterangkan pula masa kursus mahupun masa akad.

Yasmin Hani & Suami 12

Yasmin Hani menunjukkan baby bump-nya

Selain itu pelakon dan pengacara ini turut memuat naik gambar baby bump-nya yang kelihatan semakin membesar dan comel.

Artikel Berkaitan :

Yasmin Hani telah mendirikan rumahtangga bersama Shaarin Razali pada bulan Oktober 2011.

Di sini OHBULAN! turut selitkan beberapa foto romantis Yasmin Hani dan suami sepanjang berada di Bali.

Kredit Foto : Instagram Yasmin Hani

SKIP THIS AD ×