berita

Tauke Nasi Lemak RM1, Bang Sudu Dah Kahwin – ‘Cuti Seminggu’

June 5th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Peniaga yang tular kerana menjual nasi lemak dengan harga hanya RM1 yang dikenali Bang Sudu kini telah menamatkan zaman bujangnya dan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Atirah Izlan.

Artikel Berkaitan: Shashic Iewan & Filzah Azmi Sah Bergelar Suami Isteri

Kongsi momen akad nikad

Momen indah tersebut dikongsikan sendiri oleh Bang Sudu menerusi satu hantaran yang dimuat naiknya di TikTok.

Selesai majlis nikah 3.6.2023.

Menerusi video tersebut, Bang Sudu berkongsi momennya bersama isteri sewaktu mereka menjalinkan hubungan percintaan sehinggalah saat mereka diijabkabulkan.

Rakaman berdurasi lebih satu minit itu memaparkan momen kebahagiaan isterinya sewaktu mereka menjalin hubungan cinta sehingga diijabkabulkan sebagai suami isteri, selepas enam tahun mengenali antara satu sama lain.

@bangsudu Selesai majlis nikah 3.6.2023 ??? #fyp #foryou #suduada ? original sound – TAUKE NASI LEMAK RM1

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Bang Sudu atas pernikahannya dengan isteri tercinta malah, ada yang mula menggelarkan isterinya sebagai Kak Sudu.

Sekadar info, Bang Sudu atau nama sebenarnya Muhammad Fazrie Haiqal Faizal menjadi tular di media sosial kerana menjual nasi lemak berharga RM1 sehingga membuatkan ramai orang yang sanggup untuk beratur membeli nasi lemaknya sejak awal pagi.

Tutup seminggu, cuti kahwin

@bangsudu Nak kahwin pun lagu sedih ? #fyp #foryou #suduada ? original sound – TAUKE NASI LEMAK RM1

Sumber: TikTok 

SKIP THIS AD ×