Sejak beberapa hari lalu, dilaporkan Masjidil Haram mula lengang bagi tujuan menjalankan sterilisasi berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19. Ini adalah kali pertama Kota Mekah ditutup buat sementara disebabkan wabak tersebut sekali gus menimbulkan rasa kebimbangan umum termasuk artis tempatan.
Ramai artis yang terkesan dengan berita ini dan mendoakan agar Kota Mekah dalam keadaan selamat.
Doa yang terbaik
https://www.instagram.com/p/B9XxxPVg_YX/
Pelakon Shiera Al-Khaired menasihati umum untuk sentiasa mengambil Vitamin C dalam pemakanan harian dan memastikan mulut ditutup ketika batuk atau bersin. Malah, orang juga dinasihatkan untuk memakai mask ketika keluar ke tempat umum.
Suasana yang aneh
https://www.instagram.com/p/B9Xnr4hnpRT/
Selain itu, pelakon Lufya turut berkongsi pendapatnya terhadap penutupan sementara Masjidil Haram. Menurutnya, suasana tersebut bukanlah sesuatu yang pelik kerana penutupan dibuat bagi tujuan pembersihan. Bagaimanapun, Masjidil Haram tidak sunyi kerana masih ada orang di sana cuma pintu ke mataf ditutup bagi tujuan pembersihan.
Kerja pembersihan perlu dijalankan
https://www.instagram.com/p/B9YC0MXJEf-/
Tidak dinafikan ramai jemaah yang sedang menunaikan ibadah umrah agak kecewa kerana tidak berpeluang melakukan tawaf di sana. Bagaimanapun, urusan tawaf dan saie masih boleh dilakukan di tempat berbumbung cuma ukuran tawaf agak sedikit berbeza. Malah, ruang bawah di rumah ibadah itu juga kelihatan kosong.
Peringatan buat kita
https://www.instagram.com/p/B9Wy2rWAuB-/
Yatt Hamzah turut menjelaskan kepada umum gambar seperti di atas merupakan proses pembersihan kawasan tawaf di sekitar Kaabah bagi mengelakkan penularan virus COVID-19.
Behind the scenes of Masjidil Haram
https://www.instagram.com/p/B9TPRRTnMu6/
Kami berlindung denganMu
Difahamkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ditutup selama satu jam selepas solat Isyak dan dibuka semula sebelum solat Subuh bagi membolehkan pelaksanaan pembersihan termasuk menggosok dan mengelap jubin di sekitar Kaabah.
Sumber: Instagram