Nama bekas kekasih selebriti transgender Lucinta Luna iaitu Artem Boltian menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas lelaki itu didakwa telah menceburkan diri dalam bidang pornografi.
Artikel Berkaitan: Lepas Jadi Janda, Lucinta Mengaku Dah Bertaubat – ‘Ini Semua Doa Daripada Keluarga’
Alan jadi bintang lucah?
Berita itu mula tercetus selepas tersebarnya foto Artem atau lebih dikenali sebagai Alan bersama dua pelakon lucah lain. Menerusi foto yang dikongsikan di aplikasi X memaparkan Alan hanya memakai seluar dalam berwarna putih sambil mendedahkan tubuh sasanya.
Lebih mengejutkan apabila kapsyen pada hantaran itu memaklumkan mereka bertiga terbuka untuk menerima tempahan berkaitan perkhidmatan seks.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Alan berhubung isu yang tular itu.
Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangan bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia. Bagaimanapun pada 23 Oktober lalu, Lucinta mendedahkan mereka sudah berpisah.
Sumber: IntipSeleb