berita

Tayang Kekayaan, Ahli Perniagaan Pakai Pelitup Muka Emas Bernilai RM236,700

November 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia, pelitup muka sudah menjadi barang wajib kepada semua orang. Rata-rata negara masih mewajibkan pemakaian pelitup muka terutama ketika berada di tempat awam dan kawasan sesak.

Pereka pelitup muka di dunia pula mengambil peluang mencipta ‘mask’ dengan bertatah emas dan belian, sekaligus memberi laluan kepada golongan kaya untuk menonjolkan status mereka.

Artikel Berkaitan: Makin Menjadi-Jadi Pula Trend Tayang Emas Di Media Sosial… 

Artikel Berkaitan: Pakai Emas 60kg Masa Kahwin, Tetamu Kasihan Pengantin Perempuan Kena ‘Tayang’ Hantaran Suami

Tayang pelitup muka harga RM236,700

Terbaru, seorang ahli perniagaan menayang pelitup mukanya yang diperbuat daripada emas seberat 108 gram yang dianggarkan bernilai Rs 5.70 lakhs (RM236,700).

Pelitup muka ‘kayangan’ itu dicipta oleh seorang pembuat barang kemas di bandar Budge Budge iaitu Chandan Das.

Memetik laporan News 18, Das mencipta topeng emas seberat 108 gram untuk seorang ahli perniagaan dalam tempoh 15 hari.

Viral dekat Twitter

Semasa perayaan Durga Puja di Kolkata, ahli perniagaan itu mempamerkan pelitup muka tersebut namun terpaksa ditanggalkan selepas menjadi perhatian orang ramai.

Gambar pelitup muka emas itu juga tular di laman Twitter selepas dikongsikan oleh wartawan, Rituparna Chatterjee dengan kapsyen, ‘Apakah tujuan ini?’

Sumber: India.com

SKIP THIS AD ×