berita

Teaser : Iron Man 3 Makin Mendebarkan

October 22nd, 2012 | by M

Francais filem Iron Man melancarkan teaser untuk sekuel ketiga berdurasi 0:19 saat sekaligus menjawab teka-teki peminat akan kesinambungan filem fiksyen, sebentar tadi.

Iron Man 3 masih mengekalkan pelakon utamanya, Robet Downey Jr, yang memegang watak sebagai Tony Stark, seorang billionaire yang bijak dan angkuh. Stark berasa dia bertanggungjawab untuk menyelamatkan dunia daripada dimusnahkan oleh musuh. Bagaimana pun, setiap kejayaan pasti ada pengorbanannya. Stark terpaksa bergantung dengan suit perang untuk melawan musuh bagi melindungi kekasihnya. Pada masa yang sama, Stark turut menemui jawapan kepada satu persoalan yang selama ini menghantuinya.

Filem ini menerima sentuhan daripada Shane Black dibantu dengan penulisan skip oleh Drew Pearce berdasarkan 2 komik terbitan Marvel Super Hero Iron Man, iaitu “Tales of Suspence (1963)” dan “The Invicible Iron Man (1968).

Iron Man 3 dijadual akan mula ditayangkan pada bulan Mei 2013.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×