berita

Teater Projek Kahwin: Kilafairy Sah Berlakon Watak Utama, Hanez Suraya Masih Dikekalkan

April 2nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Press Conference Projek Kahwin-46

Baru-baru ini, timbul desas-desus mengatakan pelakon dan penyanyi berbibir seksi iaitu Kilafairy bakal menggantikan aktres jelita, Hanez Suraya dalam pementasan teater Projek Kahwin.

Namun, tiada bukti kukuh yang menunjukkan Hanez tidak akan menyertai pementasan teater tersebut walaupun dia sendiri telah mengumumkan untuk mengundur diri.

Terkini, dalam satu sidang media di Istana Budaya semalam, penerbit Projek Kahwin iaitu Shawn Amer telah mengumumkan bahawa Kilafairy bakal menggantikan tempat Hanez Suraya.

Press Conference Projek Kahwin-25

Hanez Suraya dan Kilafairy memegang watak yang sama

Bagaimanapun, pihak produksi masih lagi mengekalkan Hanez Suraya dan mereka dikatakan bakal membawa watak yang sama tetapi berbeza jadual pementasannya. Menarik bukan?

Kilafairy ketika ditemui berkata, dia sedikit pun tidak mempunyai masalah untuk memegang watak yang sama seperti Hanez.

Ini adalah peluang keemasan buat Kila, secara jujurnya Kila sendiri terkejut apabila dipilih untuk menjayakan teater ini, tetapi Kila terima sebab Kila tahu bukan senang untuk kita berlakon di pentas Istana Budaya.

Tidak dinafikan, dalam teater ini pasti akan ada pihak yang bakal membandingkan lakonan Kila dan Hanez, tetapi itu semua Kila akan ambil sebagai platform untuk mengasah bakat Kila.

Ditanya adakah dia rasa bersalah kerana mengambil watak yang sepatutnya dilakonkan sepenuhnya oleh Hanez Suraya, Kila berkata dia tidak mengambil serius perkara itu kerana sudah mengetahui perkara sebenar.

Masa Kila dapat offer ini, apa yang Kila fikirkan adalah keinginan Kila untuk belajar, lagipun Kila difahamkan Hanez yang nak undur diri dan tidak dibuang, jadi tak timbul soal rasa bersalah untuk mengambil peluang ini.

Press Conference Projek Kahwin-12

Antara barisan pelakon yang baru diperkenalkan untuk teater Projek Kahwin

Kalau nak tahu, Kilafairy dan Hanez akan memegang watak utama sebagai Nisa dan jadual pementasan mereka sudah pun dibahagikan.

Menurut Shawn Amer, pemilihan Kilafairy dirasakan bersesuaian dengan watak Nisa kerana Kila sememangnya mempunyai karaktor seperti yang diinginkan.

Malah, pihak produksi dan Istana Budaya juga bersetuju untuk mengekalkan Hanez atas sebab komitmen yang telah ditunjukkan Hanez sejak dari awal lagi.

Selain Kilafairy, antara pelakon yang diumumkan untuk menyerikan lagi pementasan tersebut adalah Kaka Azraff dan kumpulan Forteen.

Apa pun, bagi peminat Kila dan Hanez yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan lakonan dua aktres hebat ini, pementasan Kila dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 11 Jun 2014, manakala Hanez akan membuat pementasan pada 12 hingga 14 Jun 2014.

SKIP THIS AD ×