Pelbagai kontroversi telah melanda perjalanan untuk persediaan pementasan “Teater Tun Siti Hasmah”, bekas wanita pertama negara.
Menerusi laporan Media Hiburan minggu lepas, selepas kali pertama ditunda persembahan ini dari 31 Ogos ke 14 hingga 23 September (2012), kini “Teater Tun Siti Hasmah” sekali lagi ditunda kepada tarikh baru iaitu 9 hingga 19 November.
Antara punca pementasan teater ini ditangguhkan sekali lagi adalah disebabkan watak Tun Siti Hasmah yang sepatutnya dipegang oleh Erra Fazira telah digantikan oleh Lisa Surihani. Antara pelakon yang akan turut menjayakan pementasan teater ini termasuklah Datin Sofea Jane sebagai Tun Siti Hasmah sementara Nazim Othman dan Esma Daniel sebagai Tun Mahathir.
Sebagai sebuah dari pementasan teater yang mengambil sejarah sebagai rujukan, OHBULAN! rasa para pembaca tidak akan rugi untuk menyaksikannya pada 9 hingga 19 November ini. Pementasan teater ini akan diarahkan oleh Erma Fatima.
Gambar : Kosmo!