Sejak pergolakan rumah tangga, ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail tidak putus menitipkan sokongan kepada menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana.
Artikel Berkaitan: ‘Restu Ibu Bapa Itu Penting, Untuk Doa Yang Berterusan’ – Isteri Yusof Haslam
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Perlukan Sokongan Ayah Tetapi Ada Tangan Kejam Memisahkan’ – Ibu Syamsul Yusof
Tergamak hancurkan kebahagiaan
Semalam, Fatimah menerusi Instagram (IG) miliknya meluahkan rasa hancur hati melihat kebahagiaan Puteri Sarah dan anak-anaknya diganggu oleh penyondol yang didakwa anak kepada Kazar Saisi iaitu Ira.
Teganya hati manusia melihat keluarga ini ditinggalkan, hancurnya hati. Ya Allah engkau berilah kebahagiaan untuk isteri dan anak-anak ini. Amin.
Fatimah berkongsi kenyataan itu susulan desas desus yang mendakwa Syamsul sudah berkahwin secara senyap dengan Ira.
Dalam pada itu, Fatimah turut mendoakan kepada Allah SWT untuk terus memberi kekuatan kepada Puteri Sarah dan dua cucunya yang masih kecil bagi menempuh dugaan.
Ya Allah berikan kekuatan kepada seorang isteri dan anak-anak yang ditinggalkan ini. Semoga mereka menemui kebahagiaan yang abadi.
Sebelum ini, Puteri Sarah mendakwa Syamsul dan Ira berkahwin di Thailand namun suaminya tetap tidak mengaku.
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya.
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: Instagram @dpatimah012