berita

‘Mereka Perlukan Sokongan Ayah Tetapi Ada Tangan Kejam Memisahkan’ – Ibu Syamsul Yusof

December 22nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Ibu kepada pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail tidak terus mendiamkan diri selepas keluar dakwaan anak lelakinya sudah berkahwin dengan orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Dedah Mesej Syamsul Yusof & Ira Kazar Dah Kahwin?

Artikel Berkaitan: ‘Restu Ibu Bapa Itu Penting, Untuk Doa Yang Berterusan’ – Isteri Yusof Haslam

Dapat restu keluarga

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fatimah menegaskan bahawa perkahwinan anak dan menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana itu mendapat restu penuh keluarga.

Katanya, Syamsul, 37, yang memilih Puteri Sarah menjadi isteri serta ibu kepada anak-anaknya.

Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenuhnya.

Syamsul sendiri yang memilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hatinya. Mereke dikurniakan sepasang cahaya mata.

Ada tangan kejam

Dalam pada itu, Fatimah juga dilihat meluahkan rasa sedih mengenang nasib kedua cucunya yang memerlukan figura ayah di sisi mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah berkongsi tangkapan skrin mesej yang diterima daripada pengikutnya di Instagram (IG).

Dakwa indvidu yang dikenali dengan @juliairis78, Syamsul dan Ira sudah berkahwin.

Akak, kawan saya bagitahu Ira Kazar dah kahwin dengan Syamsul.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber: Instagram @dpatimah012

SKIP THIS AD ×