Teka teki mengenai status rumah tangga kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila akhirnya terjawab apabila dia memaklumkan bakal bercerai dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dalam waktu terdekat.
Artikel Berkaitan: ‘Urusan Rumah Tangga Anak-Anak Saya Tak Campur’ – Noor Kartini
Bakal bercerai
Menerusi laporan Harian Metro, Nabila berkata keputusan itu dibuat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.
Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.
Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT. Tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan.
Tambah Nabila, dia enggan berkongsi masalah rumah tangga kepada umum, sebaliknya biarlah perkara itu diketahui antara mereka sahaja serta dijadikan pengajaran buat dirinya.
Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.
Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu. Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui.
Sebelum ini, rumah tangga pasangan itu didakwa sudah retak menanti belah. Bahkan, Nabila jarang memuat naik foto bersama suaminya di media sosial.
Sumber: Harian Metro