Sebelum ini, peminat pernah bertanya sama ada penyanyi Stacy sedang hamil apabila ternampak ‘baby bump’ menerusi sebuah video di Instagram (IG). Jawab Stacy, dia juga menerima soalan yang sama daripada keluarga.
Artikel Berkaitan: Nampak ‘Baby Bump’ Di IG, Netizen Syak Stacy Hamil?
Hamil empat bulan
View this post on Instagram
Enggan berahsia lagi, Stacy, 32, memaklumkan dia kini sedang mengandung dan usia kandungannya sudah mencecah empat bulan.
Kata pemilik nama Ummu Shaikhah Stacy Anam, dia tidak boleh berselindung lagi kerana perutnya semakin membesar.
Kalau dah tak boleh nak tutup, dah pecah lubang tu iya lah. Alhamdulillah. Ya betul.. saya hamil empat bulan.
Tak boleh sembunyi dah, besar dah perut.
Peminat ucap tahniah
Pelantun lagu Bosan menjawab soalan dari pengacara Elly Mazlein ketika hadir ke program MeleTOP pada malam Selasa.
Ramai cakap Stacy mengandung, betul ke?
Menjengah di ruangan komen, pengikut tumpang gembira dengan berita tersebut selain mendoakan agar Stacy dipermudahkan urusan.
@ummirasyiqah: SyukurAlhamdulillah Stacy.
@syazwanie.a: Alhamdulilah tahniah.
@eeroy.22: Alhamdulilahh tahniah Stacy. Semoga dipermudahkan amin.
Terdahulu, Stacy dan Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret berkahwin pada 5 Februari 2016.
Stacy memiliki seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 9, dan seorang anak perempuan, Eshaal Afiq Hakim, 5, tahun hasil perkongsian hidup bersama Akim.
Sumber: Instagram @teamsgs