Pertambahan golongan anti-vaksin cukup membimbangkan kerana keadaan ini boleh mempengaruhi kekuatan imuniti kelompok (herd immunity). Imuniti kelompok adalah keadaan dimana jangkitan tidak dapat memasuki atau menyebar kerana majoriti ahli masyarakat tersebut mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan tersebut.
Dr Sakinah Sulong memberi respon berkenaan penyebaran satu kes di mana seorang anak menanggung derita komplikasi akibat campak (measles) gara-gara terlepas mengambil suntikan vaksin.
Gagal ambil vaksin
Menurut screen shot yang tersebar di group Facebook itu, si ibu meluahkan kebimbangannya apabila anak yang gagal disuntik vaksin 9 bulan dan setahun, menghidap campak. Malahan tekak anaknya turut bernanah, manakala doktor hanya mampu memberi ubat untuk mengekalkan nutrien dan mengelakkan dehidrasi.
Ini respon doktor
Saya terbaca luahan hati seorang ibu yang anaknya dihidapi demam campak -measles di satu group ibu-ibu. Sekarang anak itu dimasukkan ke hospital dan disyaki mendapat komplikasi. Daripada gambar, nampak anak tersebut memerlukan oksigen. Hati ibu mana tak runtun melihatnya.
Memang merisaukan. Ibu tu terlepas suntikan MMR yang seharusnya diberi pada usia 9 dan 12 bulan. Sengaja atau tidak, wallahualam.
Ramai antivaksin mengatakan bahawa measles tu jangkitan yang tak serius tapi hakikatnya 1/3 kes measles akan berakhir dengan komplikasi, terutamanya bagi kanak-kanak bawah 5 tahun dan individu lebih 20 tahun.
Bayi berisiko pekak akibat campak
Hakikatnya,
8% daripada kes measles akan mendapat cirit birit.
1 dalam 10 kes boleh mendapat jangkitan telinga yang seterusnya boleh menyebabkan PEKAK.
1 dalam 20 kes boleh mendapat pneumonia yang juga boleh bawak maut.
1 dalam 10000 boleh menyebabkan encephalitis atau radang pada selaput otak.
Sekiranya ia dijangkiti oleh ibu mengandung, ia boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang dan kurangnya berat badan bayi yang dilahirkan.
Jika dibandingkan dengan AEFI serius, yang berlaku 1 dalam 1 juta suntikan, mana yang ibu-ibu mahukan?
Buatlah pilihan yang betul. Pilihan yang kurang membawa kemudharatan, baik pada diri sendiri mahupun untuk kebaikan ummat.
Vaksinkan anak-anak anda.
Netizen luah rasa marah
Semoga jadi pengajaran untuk ibu lain
Kerana kedegilan ibu, anak tanggung seksa
Sumber: Sakinah Sulong, PW Community